Aku sendiri tak pernah nampak walaupun tuhan dah bagi aku peluang hidup lama lama atas muka bumi Dia ni. Yang aku pernahnya, baca penglaman mistik je. Yes, baca. Macam cerita tentang misteri tiang 56 jambatan pulau pinang yang aku sediakan untuk bacaan korang kat bawah ni. Cerita ni dah lama, so, kalau tak tahu tu, lepas ni anda tahu :P Kesahihannya diragui, tapi, agak menakutkan.
Kalangan kaki pancing di Pulau Pinang khususnya peminat Kerapu, Siakap dan Alu-Alu memang tak boleh tolak kalau diajak memancing di bawah Jambatan Pulau Pinang namun tidak bagi Husaini Musa, 31, seorang bekas kakitangan sambilan USM yang mencari rezeki dengan berniaga air tebu di pesisir pantai Seagate yang terletak di bahagian pulau. Husaini terpaksa melupakan jawatannya di USM setelah kehilangan kedua-dua penglihatannya akibat "sumpahan tiang 56". Misteri tiang 56 menjadi buah mulut ramai setelah banyak berlaku kejadian misteri yang sukar diterima akal.
Tiang 56 terletak di sebelah bahagian pulau, jika anda memandu dari Seberang Perai menuju ke Pulau Pinang, tiang 56 akan berada betul betul di bawah anda selepas dua minit anda memandu dari tengah-tengah jambatan dalam kelajuan sederhana (70-80km/j). Tiang 56 atau lebih dikenali sebagai Tiang Mulut Poka@Puaka oleh para nelayan persisir di sana telah menimbulkan ketakutan dan trauma ke atas lebih daripada 20 orang nelayan yang mendakwa mereka pernah cuba "disedut" masuk ke dalam pusaran sebesar padang bolasepak di situ. Kejadian yang berlaku dalam tahun 2004 tersebut juga pernah disaksikan sendiri oleh Azmi Hadi seorang kakitangan penyelenggaraan Penang Bridge Sdn Bhd yang menggambarkan pusaran air tersebut berbentuk wajah wanita tua yang sedang marah sambil membuka mulut seperti sedang menyedut sesuatu. Beliau bagaimanapun dilaporkan cuba merakam kejadian tersebut dengan kamera telefon namun gagal kerana angin yang terlalu kuat pada ketika itu. Keadaan kelam kabut tersebut berakhir selepas nelayan yang terlibat malaungkan azan sambil melepaskan tembakan dari pistol isyarat api kecemasan yang dibawa bersama-samanya ketika berada dilaut.
Siapakah wanita tua yang cuba digambarkan oleh kakitangan PBSB itu?
Tak cukup dengan jambatan pulau pinang, banyak lagi jambatan lain kalau dikaji kaji, nilai kepuakaannya memang tinggi. Antara tahu dengan tak jer. Jambatan gantung pun ada jugak, Macam jambatan ini.
Babai.
3 ulasan:
peh~ haha
^^
hayooo.. ! kejut aku..dah laaa aku sorang2 je nii....sob3..:'(
haha amny,
Catat Ulasan