Bulan Ramadhan semua masjid seluruh dunia meriah dengan segerombolan manusia berstatus islam hadir memeriahkan malam Ramadhan dengan pengisian solat sunat terawih, ngaji ngajian, dan moreh morehan. *eh. Bulan puasa penuh berkat ni, alhamdulillah masih tak dilupa dan ramai yang berlumba lumba mengutip pahala 'free' Allah kasi.
Begitu juga aku, takkan aku nak duduk diam je sementara yang lain pergi berebut pahala free kan? Tapi, satu yang tak sedap pandang.. Saf yang longgar.
Aku bukan nak berlagak arif ke ape, tapi macam yang aku cakap, just untuk sajian di blog ni sebelum apa yang aku simpan ni bersemut dalam otak. Sebelum ni, asal nak taip je, aku pendam, takut ade semburan negetif. Hahahah.
Aku akui, agak susah nak khusyuk dalam solat. Mase solat ade jer yang menerobos minda. Balik ni nak main game jap sebelum tido la, moreh makan ape la, sahur nanti makan ape -__- Dan kadang kadang, bila nampak je kaki kaki makmum saf yang lebih depan dari aku..
"Eh, ni kalau si polan ni gerak sikit lagi ni, 2-3 orang boleh masuk lagi"
"Longgarnye saf, eh, gerak la rapatkan saf sikit"
Bila rasa saf sendiri yang longgar..
"Grr, asal ko tak rapat, tak nampak ke ruang besau gedabak ni, nak kasi setan mengimpit ke? Eh setan kena ikat camne die nak himpit? Ah sudah, asal jauh aku berpikir ni!"
Bila rasa saf sendiri ada insan yang lebih tidak menumpukan perhatian berbanding diri sendiri..
"Budak, apsal ko tak semayang kat belakang? Asal ko stare kat aku camtu? Grr, aku nak semayang ni!"
"Budak ni dah reti solat ke duduk kat saf ni? Eh, pusing belakang pulak."
"Budak ni ade kat sini, saf ni kire longgar ke tak ni? Homaiiii"
"Apsal tak pakai kopiah? Rambut tu tutup dahi dah brader.."
Kalau datang lambat untuk solat isyak.. Ha, yang ni aku fikir sebelum solat ye, haha.
"Eh apsal mula saf baru dari tepi sana? Mula dari tengah la"
"Saf depan ni tak penuh, orang dah start saf baru belakang, acane?"

Kalau ade banyak problem macam ni, macam mana nak capai kesempurnaan dalam solat? Bukan la aku bajet tau, tapi seingat aku mase sekolah menengah dulu, aku banyak la kene briefing + tazkirah pasal benda benda yang merosakkan kesempurnaan dalam solat.
Apa guna imam tegur "rapat rapatkan saf" kalau semua buat tak ambik kisah je? @_@ Akhirnya saf berterabur jugak.
*setakat ni aku tak berani tegur sapa sapa sebab hormat orang tua, takut kena sembur, dan sedar betapa rendahnya tahap ilmu aku. Yang aku boleh buat sekarang ape? Tah, pendam dalam hati je kot. Omnomnom
8 ulasan:
:)
kalo tegur, satgi ada yg sentap. huhu
aku pun sama kot...tak pernah menegur....aku cuba bagi hint ,,tapi kenkadang memng wujud insan yang ingin satu sejadah seorang..fuuu
same2.. aku cume boleh berdiam je sebab kalau tegur yang lebih tua, dorang ingat kite yang muda ni nak ajar dorang lak kan.. hmm
aku tak tegur, tapi kengkadang aku tarik diorang rapat rapat.. tegur kang takut kecik ati lak.. dan satu lagi peel depa nie, suka mulakan saf dari tepi.. kenape entah..
naim, itu la yang cuba abi elak senanye, diorang taknak menerima
missha, satu sejadah sorang tu perempuan je, laki takde. hoho
kr, tol tu, mentaliti
aujinz, aku respek sebab ko berani tarik suruh rapatkan saf. mmg terbaik. hoho
Catat Ulasan