Saya pelajar matrikulasi. Saya sedang menjoinkan diri bagi satu pertandingan penulisan esei Ramadhan. Tujuan saya hanya suka suka. Di sini saya sertakan eseinya. Diharap bagi yang membacanya bolehlah melontarkan pendapat dan idea yang bernas bernas gitu. [Ada macam budak 18 terencat akal tak?] Silalah baca ye, kalau ada komen atau idea lain, boleh la tolong berikan.. Due date Selasa nih, not more than 300 word. Yang dah sedia ada ni tak tahu la more ke tak. Sembang je.. :D
______________________________________________________________________________
Sudah seminggu Ali memikirkannya. Satu Ramadhan kian hampir. Bagi Ali inilah tarikh yang paling dibenci. Bulan Ramadhan mengajak umat islam supaya meningkatkan amal ibadat dan berpuasa, tapi tidak bagi Ali. Ali tidak pernah berpuasa. Tapi kali ini, dia harus memikirkannya kerana ini merupakan kali pertama dia akan berpuasa bersama sahabatnya di asrama. Pasti malu jika dirinya tertangkap tidak berpuasa.
Ali pening kepala. Tidak tahu apa harus dilakukan. Otak Ali ligat berputar. Tiba tiba Ali mendapat satu idea. "Baik aku cari niat puasa di Youtube. Niat puasa pun aku tak tahu!", kata benaknya. Terkocoh-kocoh Ali mencari 'niat puasa' di Youtube. Pintu bilik dikunci kemas agar aktivitinya tidak diketahui. Banyak hasil carian dijumpai, namun Ali berminat untuk mendengar nasyid dendangan kumpulan Raihan. Lantas didengar dan diulangnya berkali-kali. Sambil itu, jarinya tidak berhenti menyalin 'lirik' lagu yang didengarinya itu. Na.. Wai.. Tu.. Sauma.. Rodin.. An.. Ada'ie.. Fardi.. Shahri.. Ramadhan.. Hazihi.. Sanati.. Lillahitaala.
Ali pulang ke asrama dengan azam untuk berpuasa penuh kali ini. tetapi mampukah? Hal ini yang menakutkan Ali. Jam 2 petang, Ali mula meraba-raba perut kelaparan. Maklumlah, pertama kali berpuasa. Rakan-rakannya tekun menjalani rutin seharian di asrama seperti hari-hari biasa. Namun begitu, tidak terpancar pula wajah 'letih' pada riak muka masing-masing. Ali mendengus geram. Ali bingkas bangun dari duduknya dan pergi ke satu sudut. Sarung coklat 'KitKat' dikoyaknya. Nyaris Ali menelan coklat itu, namun Ali segera membatalkan niatnya. "Belum pun berjaya satu hari berpuasa aku sudah ingin membatalkannya? Apa gunanya? Bersabarlah wahai hati", kata Ali sendirian. Terpamer riak kesal di wajahnya.
Azan maghrib telah pun berkumandang menandakan masuknya waktu solat maghrib dan waktu berbuka puasa. Ali dan seluruh warga sekolahnya berbuka puasa bersama-sama di dewan makan. Ali makan dengan gelojoh, sehingga tiada apa lagi yang boleh diisi ke dalam perutnya. Tiba-tiba timbul kekesalan di dalam hatinya kerana bersifat tamak dan gelojoh. Teringat akan kata-kata rakannya sebentar tadi, tentang bersederhana ketika berbuka. Sesungguhnya dia telah mengikut nafsu!
Selepas solat isya', Ali duduk-duduk di bilik bacaan membaca surat khabar. Rakan-rakannya telah lama pergi ke surau untuk menunaikan solat terawikh. Ramai juga yang mengajak, tetapi Ali menolaknya bulat-bulat. Bukan kerana Ali tidak mahu, tetapi Ali sememangnya tidak tahu cara untuk menunaikan sikat terawikh. "Apa gunanya aku bersolat, kalau tak tahu niatnya", fikir Ali. Sedang helaian surat khabar diselak satu persatu, mata Zahid tertangkap dua baris hadis. Turut disertakan sekali artikel tentang cara-cara menunaikan solat terawikh.
"Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, barang siapa yang mendirikan solat (terawikh) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu. (Riwayat Muslim)"
Ali bingkas bangun seusai membaca artikel itu. Kini Ali tekad untuk berubah dan kembali taat akan perintah-Nya. Kakinya melangkah ke paip air dan mula mengambil wudhu'. Matanya menghamburkan tangis kepiluan mengharapkan dosa-dosanya yang lalu dapat diampunkan Allah S.W.T. Dalam hatinya terdetik, ahlan wasahlan ya Ramadhan!
_______________________________________________________________________________
Tamat. Macam mana? Tolong suarakan pendapat korang, nak dengar, haha. Sape rajin, tolong kirakan sekali jumlah patah perkataan :P
9 ulasan:
asal tetibe last2 zahid? typing error ehhh. haha.
wehhh,menarik lahhh:D
suka^^.<3
name wtak ni ali ker zahid... confused la....cerita nyer mnarik... nk bg idea ak pon ktndusan idea...
asl nme zahid 2??
Assalamualaikum ^^ 469 patah perkataan ye Wafiy, kena kurangkan :)
Aku act nak balik sekolah dah, tapi kau punya pasal, aku komenlah sekejap. Sebab limitnya 300, kau kena pendekkan sikit.
Jalan cerita menarik, dan sebab tak boleh buat panjang2, susah sikit nak tulis panjang2. But I like the story. :)
Okay, tak tahu nak comment apa dah. Take care;) Doakan trial weh, :DD
Wa'alaikumsalam warahmatullah :)
err... ingatkan ade sambungan.. hehe.. kalau ade sambungan menarik gak...
btw.. storyline die best... ^^
bkn tarikh la abi, bulan yg dibenci
pjg nk komen ni, kang terbuat entry lak kat komen ni kang.. haha
Bukan kerana Ali tidak mahu, tetapi Ali sememangnya tidak tahu cara untuk menunaikan sikat terawikh. "Apa gunanya aku bersolat, kalau tak tahu niatnya", fikir Ali.
PERKATAAN SIKAT tukar kepada SOLAT.
EJAAN terawikh kepada TARAWIH
Ali bingkas bangun seusai membaca artikel itu.
Seusai kepada SELESAI. hehe
BTW, best jugak cerita ni. Semoga berjaya (^_^)
perenggan ke-2 : tiba-tiba
perenggan ke-5
nape ttbe kuar nama zahid wak? bukan ke ali?
keseluruhan, oke je, n simple story..xpening pale baca..gud, ^_^
Ok bro
Gaya penulisan dah ok. cuma gaya bahasa+ dialog kena asah sedikit lagi..
^^
Catat Ulasan