Halaman

apesal

Followers

Isnin, 28 November 2011

Solatlah dulu



"Tunggu sebentar
Solatlah dulu
Tunaikan cepat kewajipanmu
Sembahyang fardhu di awal waktu
Ikut sunnah Rasulillah"

Lagu oleh - Iwan Syahman

Assalamualaikum. Semalam, masa on the way nak balik kolej, terdengar lagu ni dekat radio. Nama lagu ni Shalat Dulu. Kalau tak silap la. Mengusik jiwa betul ar lagu ni.. Best sangat, tak tau pulak lagu ni lagu baru ke lagu lama, tapi semalam la baru first time dengar. 

Dek kerana lagu ni, terpukul jugak diri sendiri. Lengkap ke solat aku sebelum ni? Cukup ke solat aku sebelum ni? Khusyuk ke solat aku sebelum ni? Diterima ke solat aku ni?

Sedar dengan kelemahan yang ade, terasa insaf kejap. Tapi manusia memang la mudah lupa. Syaitan dan nafsu sentiasa ada untuk melekakan dan melalaikan kita. Lepas brape minit, hilang dah rase sentap kat hati.. Bila ingat balik, insaf sekejap, lepas tu lupa balik dan benda tu sentiasa berulang ulang bergantung kepada tahap iman masing-masing.. Kalau kuat iman, ingatlah, kalau lemah, lupalah..




Ape ape pun, lagu ni memang best. kalau belum dengar, cubalah try dengar :) Hah, dah solat ke belum? Kalau belum, sila silalah ambik wudhu dan pergi bersolat yeee.



Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat"

pesanan untuk mereka yang setia membaca isi blog ini:
thanks sebab masih sudi menjenguk, terutama Pemudattbc, kak Jue, dan sape sape jugak yang selalu singgah, time kaseyy sebab setia membaca.. terima kaseyy sebab berikan komen atau pendapat. sorry tak dapat terjah blog korangsemula, line lembab sangat, sampai rasa fedup nak tunggu, tapi menulis ni boleh pulakk, bukan tak cuba, dahcuba tapi tak dapat, abi akan menulis lagi kalau ada kelapangan, bye..

1 ulasan:

naim berkata...

salam bro

mai join google+ Naim.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...