Halaman

apesal

Followers

Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan

Sabtu, 23 Mac 2013

Sedekah dan kita



Salam.. Hari ni tiba tiba terasa nak update pasal sedekah. Sedekah. Ape yang kita tau dengan sedekah? Jawapan biasa kita dengar, memberi sesuatu kepada orang lain, dan pemberian tersebut mestilah berharga dan ikhlas. Kalau benda tak berharga kita dok kasi kat orang, tak sedekah la namanya.

Sedekah ni, bukan melibatkan harta, duit semata mata. Senyuman ikhlas yang lahir dari bibir pun orang kata sedekah. kenapa? Sebab bila kita senyum, kita memberi sedikit 'kebahagiaan' kite kat orang yang kita senyum tu. Dari situ lah muncul perkataan 'senyum tu kan sedekah' di kalangan orang kita.

Rasulullah SAW bersabda, “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar). sumber.

Nabi kita sendiri pun kata senyum tu sedekah. Nampak kan banyak cara kita nak sedekah ni? Bukan melalui harta je kita boleh sedekah. Tolong jawabkan kuiz kawan pun dikira sedekah jugak

Orang Malaysia ni ramai pemurah. Nampak pengemis atau peminta sedekah sikit, dikasi duit. hulur not seringgit, lima ringgit, sepuluh ringgit. Ade yang advance sikit, bermodalkan IC, kad kebenaran yang tak diketahui asal usul, dan macam macam excuse lagi, so kita pun mudah percaya.

So, kalau start mengemis pukul 7 pagi - 12 malam. Boleh la kot nak kutip RM500 sehari kalau kena tempatnya. Cuba kali 30? Tak ke kaya? Tapi hari hari dok mengemis jugak.




Tiba tiba je macam tak puas hati dekat orang macam ni kan? Huhu. Takdelah, sekarang ni, pengemis banyak yang aku tengok, kekuatan tenaga ade lagi, masih boleh buat kerja, tapi end up mengemis tepi jalan. Kenapa? Kan ke tak boleh ke mengemis macam tu?

Ape gunanya kudrat Allah bagi? At least, takyah la mengemis, jual la karipap ke, tisu pun dah kire ok. Asalkan hasil tu datang dari usaha. Kat sini ade satu cerita yang mungkin cuma rekaan semate mate, tapi ade moralnya. Kisah budak penjual kuih Sila sila lah baca dekat link tu. Bagus, tak tipu.

Sebab tu kalau makan makan dekat luar, tiba tiba ade orang datang mintak sedekah, serba salah rase nak bagi. Biasanya end up dengan tak bagi dan buat muka selamba, tapi ade satu hari tu, ade awek cun mintak sedekah.

Atas alasan ape dia mintak sedekah pun tak tahu, tiba tiba macam kena pukau pulak, laju je bagi duit kat dia -__- Lepas budak tu berlalu, baru terfikir kenapa mudah pulak nak bagi duit kat budak tu? Masalah masalah.

Entah entah kena tipu? Sebab budak tu lepas dapat duit terus pergi macam tu jer. Dia mintak pun just dekat meja makan aku n kawan kawan aku. Tapi kata UAI, kalau kita kena tipu mase niat sedekah, so kita dapat pahala sedekah dan pahala jugak sebab ditipu orang lain. InsyaAllah. :)

Itu jer lah nak bercerita, macam terlebih panjang pulak entri ni. lama tak menulis, jari gatal nak menaip. heheh.

"Jika sedekah berupa kurma, maka di tangan Allah yg Maha Pengasih, sedekah itu..sampai menjadi lebih besar dari gunung." (HR Muslim)

Khamis, 30 Ogos 2012

Perkara makruh ketika solat


sumber gambar: mukabuku

Saje berkongsi. Dulu ade kawan pernah cakap sinsing lengan tu makruh, tapi aku tak percaya sangat.. Sekarang dah ada bukti :) Time die cakap tu aku tingkatan baper entah, sampai sekarang ingat.

Khamis, 9 Ogos 2012

Doa apa nak baca kalau jumpa malam alQadr?



Dalam majalah jom isu 5, yang aku ade sebot kat dalam entri yang ni ade memberitau doa apa yang kita patut baca pada malam alQadr. Senang cerita, baca hari hari lah, sebab kita pun tak sure bila malam alQadr muncul kan. So, baca hari hari time kita 'memburu' lailatul Qadr.

Malam ni, kalau boleh elakkanlah dari meminta minta harta, jawatan benda benda duniawi. Cukup cukup la bersyukur dengan apa yang Allah beri selama ni, beri makan pakai, beri nafas, beri oksigen, beri jantung untuk pam darah dengan oksigen, beri duit, beri deria, macam macam lagi lah. Kalau nak sebut, tak cukup pun satu entri ni tentang nikmat yang Allah beri kat kita.

Banyakkanlah membaca doa bersifat rohani, pencerahan jiwa. Mohon ampun, untuk kita, ibubapak kite, keluarga, kaum kerabat, kawan kawan kite, guru guru kite, dan semua orang islam kat muka bumi ni. Mohon rahmat, hidayah untuk ke arah yang lebih baik. Mohon tunjukkan jalan yang lurus. Doakan kawan kawan, orang yang kita sayang, sedare kite kat myanmar, palestin, iraq yang dalam kepayahan hidup.

Aisyah R.A bertanya kepada Rasulullah SAW:

"Apakah yang mesti dibaca apabila memperoleh lailatul Qadr?"

Maka jawab Rasulullah SAW:

"Bacalah: Allahumma innaka 'afuwun karimun tuhibbul 'afwa fa'fu `anni."

Maksudnya: Ya Allah, Engkau Maha Pemberi Maaf dan Maha Mulia, suka kepada kemaafan, maka maafkanlah aku. (Hadis Riwayat Ahmad, at-tirmizi dan Ibnu Majah)

Sesiapa yang menghormati malam suci itu tidak akan jatuh ke jurang krisis. Jom sama sama menghangatkan ibadah pada 10 malam terakhir ni!

Petua Imam Ghazali Mencari Lailatul Qadar



Dalam mengerjakan ibadat dalam bulan ramadhan, sudah tentunya kita akan sentiasa tertunggu-tunggu 10 malam yang terakhir. Itulah malam yang mana ia berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir iaitu hari ganjil bulan ramadhan. Adakah malam lailatul qadar ini jatuh pada 21, 23, 25, 27 atau 29 ramadhan tahun ini? Hanya orang yang berusaha sahaja akan merasai nikmat beribadat di malam lailatul qadar. Terdapat petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar.

Jika awal ramadhan jatuh pada hari:
I) Ahad atau rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan
II) Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;
III) Selasa atau jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;
IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;
V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan

Kata sheikh abu hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.

sumber

Kalau nak dikiralah kan, kita puasa start hari Sabtu kan? Kalau ikut petua ni, maknanya malam Lailatul Qadr jatuh pada hari? Jeng jeng jeng.. Tapi jangan la kita beribadat pada tarikh tu jer.. Beribadatla pada tarikh lain jugak, Allah maha merancang segala sesuatu kan, so, hak dia untuk tentukan lailatulQadr jatuh hari ape, kita sebagai hamba, cuba la dapatkan peluang sekali sepanjang tahun ni, lepas ni mungkin kita tak jumpa lagi malam ni sape tau?

Sengaja Allah rahsiakan malam penuh kebaikan ni jatuh pada tarikh apa sebab kalau tak rahsia, semua orang beribadat pada tarikh tu jer lah kan? Dah tak ikhlas kat situ. Tips kat atas ni sekadar rujukan sampingan jer :) Tapi jangan risau, janji Allah itu pasti.

Ingat.

Janji Allah itu pasti.

Apakah itu Lailatul Qadr dan tanda tanda Lailatul Qadr

Apakah Lailatul Qadar?

Makna Al-Qadr, menurut sebahagian ulama berpendapat ia bermaksud pengagungan. Disini dapat kita fahami bahawa Malam Lailatul Qadar bermaksud malam yang memiliki keagungan kerana diturunkan al-Quran pada malam tersebut, turunnya para malaikat, melimpahnya rahmat dan keampunan Allah serta Allah akan menganugerahkan keagungan (kemuliaan) kepada mereka yang beribadat pada malam itu.

Al-Qadr juga bermaksud penetapan. Oleh itu, Lailatul Qadar juga bermaksud malam penetapan segala urusan yang bakal berlaku pada tahun berikutnya..


Tanda-tanda Lailatul Qadr


Pertama: Hadith riwayat at-Thobaraa-ni (Jilid 22/mukasurat 59), Soheh al-Jaa-mi’ (5472), ad-Dho’iefah (4404) Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

"Lailatul Qadar malamnya terang, tidak panas dan tidak sejuk, tiada lontaran tahi bintang dan tanda keesokkan harinya matahari terbit dalam keadaan suram cahayanya."


Kedua: Hadith riwayat at-Thoyaa-lisi (349), Ibnu Khuzaimah (2192), al-Bazzaa-r (1034) Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

"Lailatul Qadar malamnya rasa seronok, bercuaca baik, tidak panas dan tidak sejuk serta keesokannya matahari terpancar pada waktu pagi cahayanya lemah kemerah-merahan."




Berdasarkan hadis hadis ni, kita dapat nampak dengan jelas tanda tanda yang Rasulullah SAW nyatakan untuk mengenal malam LailatulQadr. 


  1. Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas
  2. Siangnya cahaya matahari warnanya pucat
  3. Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat dan tandanya ialah tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak.
  4. Tiada tahi bintang di langit
  5. Malam AlQadr hati rasa seronok, kerana seronoknya beribadat kepada Allah.
Yang nombor tiga tu, aku tak sure, sebab yang tu aku dapat dalam facebook. Aku sertakan dekat sini sebab perasaan sayu tu mesti sangat indah n entahlah, seronok rase nak bagitau :)

Jangan percaye pada sesetengah petanda yang tersebar dalam masyarakat kite mengenai malam tu, anjing tak menyalak, pokok bersujud, ye memang semua tu tak mustahil, tapi wajar ke kita fikirkan sangat tanda tanda tu kalau kita tak amalkan ibadat? Yang keluar dari ucapan Rasulullah tu lah yang paling benar dan kita mesti percaya sebenarnya :)

Jom sama sama memburu keistimewaan malam alqadr ni.!


Surah Al Qadr dan tafsirnya



Surah ke 97 dalam AlQuran: 5 ayat


Bismillahirrahmanirrahim

1. Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (AlQuran pada malam kemuliaan)

2. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?

3. Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan

4. Pada malam itu turun malaikat malaikat dan malaikat Jibril dengan izin tuhannya untuk mengatur segala urusan

5. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar




"Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan"

Jom sama sama kite kejar malam lailaul qadr..

Isnin, 6 Ogos 2012

Nuzul Quran

Pada 17 Ramadhan setiap tahun, kita akan menyambut hari nuzul Quran, salah satu hari hari yang paling historikel dalam dunia islam di mana pada tarikh ni, alQuranul karim telah diturunkan kepada nabi Muhammad melalui perutusan Allah SWT, malaikat Jibril. Tak ramai pun orang kita zaman sekarang yang ambik endah pasal nuzul quran ni, so, dengan senang hati, meh sini aku nak story secara ringkas. hehe.

Penurunan alQuran telah dilakukan secara berperingkat di mana penurunan yang pertama sekali adalah surah Al Alaq.

Ia berlaku pada 610 M, yang mana mase tu kite masih lagi belum lahir dan tidak diketahui asal usulnya.

Lokasi berlakunya kejadian: Gua Hira', atas bukit Jabbal Nur, Makkah Al Mukarramah

Masa tu Nabi Muhammad yang masih belum menerima tugas sebagai nabi dan rasul mengasingkan diri dari kekufuran dan kemaksiatan kaumnya di Mekah. Nampak tak, belum pun die menerima tugas, die dah mampu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk, betapa mulianya nabi Muhammad SAW..

Pada malam itu, turunlah surah al Alaq, sekaligus Rasulullah menjadi rasul terakhir bagi memimpin umat manusia di muka bumi ni..

"Betapa hebat dan kuatnya jiwa Rasulullah saw dalam bukan sahaja menerima ayat-ayat Al-Quran tetapi juga menerima bebanan dakwah yang terkandung didalam ayat-ayat tersebut. Baginda saw hanya menggigil ketakutan tetapi tidak binasa jiwanya. 


Sekiranya pada malam itu Al-Quran diturunkan bukan kepada Baginda saw, tetapi kepada Gua Hirak atau Jabal Nur itu sendiri, nescaya akan pecah bukit tersebut lantaran tidak tertanggung amanah yang diberikan oleh Allah swt. 


“Kalau Kami turunkan Al-Quran ini keatas bukit, nescaya engkau akan melihatnya tunduk dan pecah kerana takut kepada Allah. Demikian perumpamaan Kami berikan kepada manusia supaya mereka berfikir” (Al-Quran). " - sumber

Selamat menyambut nuzul quran eberibadi.

Jumaat, 3 Ogos 2012

Makan sahur ketika terdengar azan



Assalamualaikum. Ape korang buat kalau tengah mamai makan sahur, tiba tiba dengar azan subuh dah masuk? Luah balik makanan dalam mulut? :O

Persoalan ni aku jumpa dalam ruangan 'Anda bertanya, Ustazah menjawab' dalam majalah JOM! isu ke lima. Ape tu majalah JOM! ? Majalah ni adelah salah satu majalah dakwah yang terbaru yang ade dekat pasaran Malaysia ni, bukan saje Malaysia, tapi Russia, Amerika, Mesir, Jepun, Korea. dan banyak lagi.

Eh, aku bukan kerja dengan editorial majalah diorang pun nak buat hebahan bagai ni, haha. Aku nak kongsikan satu ilmu ni yang aku rasa aku baru je tahu, aku jumpa dalam majalah ni.



Soalan: 

Apabila seseorang sedang makan sahur kemudian terdengar azan, apakah wajib mengeluarkan apa yang ada di dalam mulut?

Jawapan:

Bersahur adalah sunat. Rasulullah ada bersabda yang maksudnya: "Bersahurlah sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan."

Waktu bersahur adalah pada pertengahan malam sehingga terbit fajar. Sekiranya seseorang sedang makan sahur, tiba tiba terdengar azan subuh, dia hanya boleh makan makanan yang di tangan dan dalam mulut sahaja. 

Rasulullah bersabda yang maksudnya: "Apabila seseorang mendengar azan, sementara makanan masih di tangannya, dia tidak meletak tangan sehingga dia menghabiskan keperluan yang ada di tangannya." (Hadis Riwayat Abu Daud)

Waahhhh :) Macam takut je nak makan dan telan makanan yang ade dalam mulut kalau tiba tiba azan subuh dah masuk. Apatah lagi nak makan yang ade kat tangan. Ape ape pun, terima kasih di atas kemudahan yang Engkau berikan ya Allah.

:)

Kehebatan manual hidup kita

Kalau kita beli barang elektrik, mesti kita dapat buku manual. Kalau ada buku manual mesti ade saranan macam mana nak guna barang elektrik yang kite beli tu dengan cermat dan maksimum. Kalau kite just gune jer barang tu tanpa mengikut saranan, mesti barang elektrik tu kejap je rosak kan? Admit it.

Kes atas ni kite boleh aplikasikan dalam kehidupan kita ni, bersama mashaf AlQuran. AlQuran kita anggapkan sebagai 'manual' untuk kita menghadapi hari hari kita di dunia dan akhirat.

Sebab apa?

Sebab AlQuran ada segala galanya. AlQuran ade kisah nabi nabi terdahulu, rahsia alam, mukjizat rasul, zat Allah swt dan jugak hukum hukum untuk kita mentadbir dan mengurus kehidupan kita di dunia. kalau kita tak guna 'manual' ni untuk hidup, cuba bayangkan ape yang terjadi?

Ni lah khutbah Jumaat hari ni, sangat menarik, cuma last last jer aku terleka n terlelap kejap kejap :P Tapi yang awal awal tu aku dapat la dengar dengan baik, tambah tambah masjid kat bandar lama tempat aku solat ni dah pasang aircond baru, sejuk dan selesa kot. Semua berebut nak masuk dalam, kalau dulu, dekat luar penuh dulu baru dekat dalam penuh.

Dalam khutbah tadi, diceritakan juga tentang seorang doktor barat bernama Maurice Bucaille. Balik balik terus aku search nama ni, aku taip 'profesor maurish'. LOL. Haha. Mane la tau cara nak eja kan sebab dengar dengar macam maurish jer.

Dia dah masuk islam dan nama baru beliau ialah Yahya Maurice Bucaille. Sebab die masuk islam ialah kerana die mengakui isi AlQuran itu benar lepas die mengkaji Ramses II, mumia firaun yang ditenggelamkan Allah dalam lautan ketika mengejar nabi Musa AS.

Kalau nak baca kisah tentang professor ni boleh la baca dekat sini:

1. Kebenaran AlQuran: Dr Maurice Bucaille peluk islam 

2. Wikipedia - Maurice Buccaile

Saranan aku, bacalah link nombor satu, sebab cara penyampaian lebih menarik. Wiki terlalu serius sangat, jadi mengantuk membacanya. Bagi aku lah. Hohoho. Kalau taknak baca, malas jugak, letih berpuasa *alasan* boleh tengok video ni, jalan penceritaan yang sama macam link nombor satu, tapi in english hokay.






Citer ni dah lama, tapi aku baru tau since dengar waktu khutbah. Nama beliau ni femes sampai tak habis taip lagi nama kat search engine dah keluar dah suggested name. Sekian.

Ahad, 29 Julai 2012

Puasa sia sia

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Berapa banyak orang yang berpuasa, tetapi ia tidak mendapatkan apa apa dari puasanya itu kecuali rasa lapar dan dahaga." (riwayat imam ahmad)

______________________________________________________


Hah, nampak tu sabda nabi. Maksud sabda nabi ni, kalau kita puasa semata mata, tapi ibadah zero, puasa kita tidaklah batal, tetapi tak dapat apa apa, makanya, puasa kita boleh turun ke kategori sia-sia. So, tak payah puasa la kan? Sia sia je, baik makan dari tak dapat ape ape. Kalau makan minum, dapat kenyang.

Antara faktor puasa sia sia adalah dek kerana kata kata dusta dan perbuatan sia sia. Tau tau je lah kan perbuatan sia sia di bulan Ramadhan, tengok tv, rancangan memasak la, sinetron indonesia la, korea la. kalau nak tengok pun, tak perlu lah habiskan masa sehari berpuasa ke arah itu, ada adakan masa kita dengan Allah lagi elok.

______________________________________________________



Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Siapa yang puasanya tidak mencegah daripada bercakap dusta dan melakukan kedustaan maka Allah merasakan dia tidaklah perlu menahan makan dan minumnya (puasa)." (riwayat imam bukhari)


______________________________________________________






Dalam bulan Ramadhan, pahala kite digandakan seiring dengan ibadah yang kita buat. Bahkan dosa jugak digandakan kalau kita buat. Yelah, lagipun, syaitan dah diikat dari menggoda umat islam, Allah siap bukak pintu syurga lagi. Jom kite sama2 menambah ibadah dalam bulan Ramadhan yang masih bersisa 21 hari je lagi ni, sekurang kurangnya ada bekalan untuk akhirat nanti..

Peringatan untuk diri sendiri dan semua :)

dipetik dan diolah dari Sinar Harian edisi Pahang

Kisah orang yang buta alquran

Salam. Kisah ni aku dapat dari sebuah blog (sumber ada kat bawah). Sangat menyentuh hati, so, bacalah untuk pedoman kita semua lagi lagi dalam bulan baik ni. :)

***

Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.

Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi tuhan. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu.

Keesokannya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.

Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?.

Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama istrinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.

Anihnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa . Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru quran. Malah suaminya tidak pandai membaca quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca quran. Hal ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri simati.

Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara anih yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam. Katanya , setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya alqur'an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.



Ia akan duduk dan membelek alqur'an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta alqur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat qur’an itu dengan tangannya , seolah-olah sedang menyentuh dan mebelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

“Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.” “Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu.

Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu. “ “Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapanTuhan diakhirat nanti”. Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani alqur’an buah hati kesayangannya.

Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat alquran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya ,tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.

Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh alqur’an. Dia sangat mengasihi kalimat tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya. Marilah kita menghidupkan alquran di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, sepanjang bulan ramadhan, bulan pengampunan ini. Perkisahan ini ditulis dan disesuaikan semula untuk bacaan semua. "

Sumber kisah

***

Sedangkan insan yang taktau baca alquran ni sangat sayang dengan alquran, apatah lagi kita yang tahu membaca ni, bacalah quran. Selagi hayat masih ada dan masih mampu ni. Sehari semuka pun takpe. Kalau tak larat sangat, satu ayat pun boleh asalkan ada masa kita bersama alquran. Peringatan untuk semua jugak diri sendiri. Wallahualam.

Ahad, 22 Julai 2012

sumber: facebook


Susahnya jaga diri nak nak dalam bulan Ramadhan ni. Hari hari yang mana pintu neraka semua tertutup, syaitan dirantai kunci. Cuma sahabat die je yang masih ade kat diri masing masing, yang patut kita declare war hari hari. Nafsu kita sendiri.

Kalau ikutkan hari hari patutnya kita jaga nafsu, bukan di bulan Ramadhan je ye tak? Macam gambar kat atas ni. Mata adalah panah panah beracun iblis. Dalam kite berpuasa ni bukan nafsu lapar dahaga je kena jaga. Nafsu mata telinga kaki pun kena jaga. Semua la.

Halang langkah kaki dari pergi ke tempat maksiat, halang tangan dari korek idung, korek telinga, sentuh benda benda yang tak elok, halang mata dari tengok benda benda maksiat. Tapi dalam bulan posa ni, biasanya aku langkah kaki kalau biasa biasa la, ke masjid atau bazar Ramadhan la. Gi masjid mesti la tak ke tempat maksiat kan.. Err, cakap ni bukan sebab nak berlagak ke ape, aku akui hari hari biasa pun bukan selalu gi masjid. Tau? Bukan berlagak tau tau tau?

Nak citer ni sebenarnya pasal gi bazar Ramadhan ni la. Satu nafsu lapar dahaga ofkos la bermaharajalela kan. Semua benda nak beli. Yang kedua, skang ni orang pelabagai fesyen, khususnya wanita. Dah tak pasal pasal nafsu mata pun ikut naik sama. Mata kena jaga, almaklum la, panah beracun kot. Thehehe. Bukan senang nak jaga.

Kalau debat isu salah siapa kang, tak memasal aku menang hujah. Ade sape sape nak challenge debat isu ni? Keh keh keh. Takde laa, gurau je. Tak best realiti pegi bazar zaman ni ialah orang skang ni suka pakai pakaian menjolok mata. Semua nak tunjuk, amboi, dah tu kesian la kat suami nanti kalau semua dah tunjuk kat orang. Tak kesian ek? Nak enjoy dulu? Ok, itu terpulang kepada anda.

Anda yang men'jamu' dapat dosa, kami yang me'nengok' pun dapat dosa. ==' Kesian la kat orang laki, bulan posa ni nak jadikan posa yang paling terbaeekkk dah jadi cacat sikit gara gara tertengok orang seksi. Ohmaiiii.

Rabu, 18 Julai 2012

Niat puasa doa sebelum dan sesudah berbuka

Salam.. Bersempena dengan bulan puasa yang nak mendatang ni, aku nak kongsi sikit niat niat dan doa penting sebelum dan selepas berbuka puasa. Mane la tau kot ade yang lupa kan. hehe. Manusia kan ke insan yang lemah. Jadi haruslah kita saling ingat mengingatkan..

Biar remeh mana pun apa yang kita kongsi, selagi memberi manfaat dan jugak faedah, insyaAllah faedah faedah lain, kita pulak yang akan dapat pade hari mendatang, insyaAllah. Yang dah lupa tu, bace cepat, hafal! Tahu la bulan Ramadhan sekali setahun je. Caitt.



Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim) 






Kite yang masih merasa nikmat puasa ni, puasa la betul betul, ibadah betul betul, jangan puasa saje = dapat lapar je sehari hari. Solat tah kemane. Baik takyah puase kalau gitu. Kan? Peringatan untuk diri sendiri jugak :)


ohsem kan editing ni?

Tu je la aku nak kongsi, sumber gambar sume datang dari facebook :) Selamat menyambut bulan Ramadhan. Jangan asyik fikir nak raye je. 

Selasa, 10 Julai 2012

Rabu, 4 Julai 2012

Persoalan agama: boleh ke tidak tidur lepas asar dan subuh?



Assalamualaikum. Tadi aku jumpa satu artikel ni. Taktahu la korang dah tahu ke belum. Sekarang ni aku konfius, adekah tidur lepas subuh dan tidur lepas asar tu memang tak elok dan tidak dibolehkan?

Memang aku ni tak dalam bab bab macam ni, walaupun sekolah aku dulu sekolah integrasi, belajar agama, tapi, setakat ape yang aku tahu mase tu, tidur lepas subuh dengan tidur lepas asar, memang tak digalakkan.

"Tidur lepas asar, nanti gila, baik kau pergi riadah. Cukup 40 hari, gila la kau"

Selalu kat sekolah kena sound macam ni lah. Tidur lepas subuh jarang berlaku sebab pergi sekolah pagi pagi kan. Bangun pun lambat. Memang terkocoh kocoh ar nak bersiap nak gi makan lagi, nak pegi sekolah lagi.. Memang tak la na tidur lepas subuh kan.

Aku jumpa artikel ni. Er, artikel ke ni? Sebab pendek sangat. Dekat facebook:

Hadith yang berbunyi maksudnya: "Tidur selepas subuh (waktu pagi) menghalang rezeki" adalah hadith palsu. Begitu juga hadith larangan tidur lepas asar yang maksudnya berbunyi: "Sesiapa yang tidur selepas Asar lalu hilang akalnya" juga tidak sahih.

Bahkan Imam al-Laith bin Sa'd (wafat 175H) antara imam fiqh dan hadith salaf yang masyhur mengingkari hadith larangan tidur selepas asar, dan beliau sendiri biasa tidur selepas asar apabila memerlukan.

Tiada larangan untuk tidur lepas subuh atau lepas asar yang thabit dari Nabi SAW mahupun para sahabat, begitu juga tiada galakan untuknya. Tidur sama ada selepas subuh atau asar boleh dilakukan mengikut kesesuaian suasana dan keperluan seseorang. ~ Fathi Al-Sakandary ~


Demi untuk mencari kebenarannya, aku cuba la buat research sendiri. Tapi macam yang aku cakap, aku tak deep sangat benda macam ni, cetek ilmu, makanya aku macam konfius, nampak macam betul la tak boleh tidur lepas subuh dan lepas asar, tapi bila baca yang atas ni, macam betul la jugak.. Satu aku jumpa yang kate memang tak sahih, yang ni

So macam mane? Nak percaya mane satu? Aku dengan pantas hantar post dekat page Ustaz Azhar Idrus (Original) tu.




Tidak dijawab oleh Ustaz, tapi dibalas oleh orang lain. Cumanya, die kasi link video. Yang UAI juga la yang jawab. Hehehe. Tak terfikir pulak nak cari video UAI pasal ni kan..


klik untuk tumbesaran

Yang bawah ni pulak videonya. Hukumnya UAI kata makruh. Melainkan berhajat untuk tidur sebab ngantuk sangat. Tengok la jap video ni. Seminit je :)


Sekain saje untuk petang ni, segala persoalan tentang tidur dah pun terjawab. Maknanya betul la hadis tu tak sahih kan.. So, lepas ni boleh la tidur pas asar, hahaha. tidur la jap.
nota: 
taktahu kenapa kalau tidur lepas asar aku mesti pening kepala

Rabu, 20 Jun 2012

Allah subhanahu ta'la Engineering

Inside your hand skin ! Look at Allah subhanahu ta'la Engineering ♥ MASHALLAH ♥ - faceboowk



teliti gila org yg membedah,satu persatu urat tu tak terputus. lagi teliti Tuhan yang mencipta :)
Sungguh hebat 

Allahuakhbar.























er, lama lama tengok, geli pulak. aku ni dahla tak berape boleh tengok benda2 camni.
mula mula tengok, ingat kan kaki ayam

=='

Isnin, 18 Jun 2012

Orang yang mencintai dunia

kejar jangan tak kejar.



‎____ Bismillahirrahmanirrahiim___
__ORANG YANG CINTA DUNIA___
~SeoranG Ulama SaLaF Berkata'' Sungguh KasiHan OranG-OranG Yang CinTa DuNia,MereKa PaDa AkhiR-Nya Akan MeninGGaLkan DuNia InI.
~PadaHaL MereKa Belum MeRasakan KeniKmatan PaliNG Besar Di DuNia Ini.
~MaKa Ada YaNg BerTanYa" Apakah KeniKmatan YanG PalinG Besar Didunia Ini ????....
~Ulama Itu MenJawaB" CinTa Kepada Allah,Merasa TeNang Mendekatkan Diri Kepada-nya,Rindu Untuk BerteMu DeNgan-nya.
~ Serta Merasa Bahagia KetiKa Berdzikir & MeNgamalkan KeTaatan Kepada-nya.
___Sesungguhnya DuNia ini adalah tempat yang sementara, maka janganlah terpedaya dengannya___
-TariqIkhwan


Share dari faceboowk. Ceh. Berbelit lidah sebut facebook gaya macam dalam lagu Sleeq ft. Najwa Latif. Gedik ya amat. Saje aku share kan, lepas bace benda ni buat aku berfikir sekejap. Aku ni terlalu mengejar keduniaan ke?

nota: 

Maafkan tulisan besar kecik besar kecik tu. Bukan aku taip, just copy paste je. Aku pun pening, tapi jangan pening pasal tulisan tu, beratkan la otak kite dengan maksud cerita yang telah kite bace ni..

Sabtu, 9 Jun 2012

Rahsia Wudhu'


copy paste, facebook
yang benar, pengguna facebook

Allah in first word



Apa khabar semua? 

"Alhamdulillah, sihat."

How are you today? 

"Alhamdulillah, we are fine, thank you."

Kaifa halukum jamian? 

"Alhamdulillah, nahnu bilkhair."

"however we change our word, do not forget to say Allah as first word.."


Assalamualaikum.. dua minggu.. aku terlibat secara langsung sebagai fasilitator untuk budak baru di kolej. Dan sepanjang minggu pertama tu, dipenuhi dengan slot akasia  pengenalan diri dan jugak kursus secara kasar.. tentang bagaimana menjadi seorang fasi yang berjaya. :D (berjaya lah sangat aku ni) minggu ke dua, baru lah pengurusan pelajar baru bermula.. tapi bukan ini yang nak aku ceritakan.

Ayat dekat atas tu yang aku nak cerita. Ada seorang sahabat perempuan ni (rakan fasi) baru aku kenal masa dekat program ni. Dia merangkap penghuluwati untuk semua fasi fasi yang ade lah. Ayat kat atas tu, ayat yang dia ucap, kalau tak silap masa post mortem.. Mungkin untuk menguji barangkali. 

ini dia penghuluwati nya, namanya: ...


Soalan pertama yang disoalnya, "apa khabar semua?" kami jawab: "sihat.." "sihat alhamdulillah."

Soalan kedua yang disoalnya, "how are you today?" maka kami jawab: "fine, thank you."

Lepas tu, dia pun tegur, baru je tukar ayat kepada bahasa lain sikit, terus lupa alhamdulillah tu, sepatutnya tak kira la apa cara sekalipun, alhamdulillah tu kenalah ada. Lebih kurang macam tu la tegurannya, dah tak ingat sangat.. Benda dah lama berlaku pun :D 

Tapi nampaknye, kita memang terikut ikut apa yang kita belajar dalam kelas masa primary school tu agaknya. Teacher ajar kalau orang tanya how are you, maka kita jawab dengan i am fine, thank you. Yela kan, dalam syllabus mane lah teacher ade ajar letak alhamdulillah dekat depan, even dalam soalan exam pun kita tak tulis alhamdulillah kat situ. Nampak je how are you, on the spot otak kita generate: i am fine thank you. Sampai sekarang kot?




Maklumlah, ilmu agama tak semua kita dapat dari sekolah, dapat dari semua jenis buku. Kalau english, english je lah kan, takde bahasa arab. Kita sebagai islam la patut mengimplementasikan benda tu semua. (entah betul ke tak aku eja) Bagi aku, apa yang di-up-kan oleh penghuluwati fasi ni amat menarik dan menyedarkan aku. Apa apa pun yang kita lakukan, ingatlah Allah yang pertama-tamanya.

Ok, sekian saja, kalau boleh remember Allah in every single time that we have. Semoga menjadi peringatan untuk diri sendiri dan sesiapa yang membaca..

Jumaat, 8 Jun 2012

Abu Mijan sahabat nabi yang ketagih arak

hiasan



Lihatlah Abu Mijan!

Abu Mijan as-Tsaqafi radiallahu `anhu adalah orang seorang sahabat yang ketagih minuman keras, sehingga dia sering dihadapkan kepada Rasulullah sallallahu `alaihi wassalam untuk dikenakan hukuman had. Walaupun demikian, ketika dia mendengar seruan jihad ke Qadisiyah, dia segera bangkit untuk berjihad di bawah pimpinan bapa saudara Nabi sallallahu `alaihi wassalam, Sa'ad bin Abi Waqqas radiallahu `anhu. Pada hari-hari pertempuran, dia masih tidak mampu menahan ketagihannya kepada arak, sehingga dia pun meminumnya. Oleh kerana itu, Sa'ad menjatuhkan hukuman atasnya dengan mengurungnya dan melarangnya daripada ikut berperang. Beliau tidak dikenakan hukuman had kerana hukum had tidak akan dilaksanakan di kawasan musuh.

Ketika ditahan, dia mendengar bunyi pertempuran yang sengit dan teriakan para mujahidin, air matanya pun mengalir kerana kedatangannya ke al Qadisiyah adalah untuk berjihad. Ketika itu isteri Sa'ad melihatnya, dia pun merasa kasihan terhadap Abu Mihjan. Sedangkan Sa'ad radiallahu `anhu saat it sedang sakit, dan itu adalah sakit terakhir yang membuatnya tidak mampu turun untuk berperang dan dia mengatur peperangan dari tempat tidurnya.

Lalu Abu Mihjan berkata kepada isteri Sa'ad, "Wahai Salma, berikan kepadaku kuda Sa'ad, Balqa, dan berikan kepadaku senjata Sa'ad. Demi Allah, jika Allah mentakdirkan aku untuk tetap hidup, maka aku akan kembali ke tempat tahanan ini dan aku ikatkan kembali rantai yang mengikat kakiku. Dan jika aku mati, maka itulah yang aku harapkan." Mendengar ketulusan Abu Mihjan tersebut, isteri Sa'ad akhirnya memenuhi keinginannya.

Dalam Peperangan

Abu Mihjan mengenakan penutup wajah, lalu dia turun ke medan jihad. Abu Mihjan adalah seorang pahlawan yang terkenal dengan keberaniannya. Ketika dia turun ke medan pertempuran, Sa'ad melihatnya dan merasa takjub dengan keberanian beliau. Sa'ad pun berkata, "Jika saya tidak tahu bahawa Abu Mihjan ada di dalam penjara, tentu akan saya katakan bahawa orang itu adalah Abu Mihjan. Jika saya tidak tahu dimana Balqa berada, tentu akan saya katakan bahawa kuda yang ditungganginya adalah si Balqa."

Mendengar perkataan suaminya, isteri Sa'ad pun berkata, "Engkau benar, wahai suamiku. Sesungguhnya dia adalah Abu Mihjan dan kuda yang ditungganginya adalah Balqa."

Lalu Sa'ad pun bertanya apa yang terjadi, dan isterinya menceritakan kejadian yang sebenarnya. Mendengar kata-kata isterinya, Sa'ad merasa kasihan kepada Abu Mihjan.

Ketika peperangan usai, Abu Mihjan kembali ke dalam tahanan dan mengikatkan rantai di kakinya sendiri. Kemudian Sa'ad masuk ke dalam penjara sambil menangis dan melepaskan rantai yang mengikat kaki Abu Mihjan, lalu berkata, "Demi Allah, aku tidak akan menghukummu lagi setelah hari ini."

Maka Abu Mihjan pun menangis dan berkata, "Dan demi Allah aku tidak akan meminum arak lagi setelah hari ini."

Perkongsian jumaat. Aku dapat cerita ni dari sini, dan aku memang tak tahu apakah itu hukuman had. Semoga dapat iktibar dan pengajaran..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...