Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini
Waahh. Dua minggu cuti sem sudah habis. Sudah lenyap. Masa rehat suda habiss. Dah takde masa nak hadap muka buku lagi, lepas ni buku buku pulak. Ye, buku, buku dan buku. Dah lama tinggal lab report, dah lama tinggal tutorial book, dah lama tinggal reference book, dah lama tinggal muka lecturer, lecture hall, tutorial class, kalkulator, pen, pensel sumeee. Arghhh.
Boringnyeee. Blog ni akan kembali sepi, haha. Takpe, bukan ade benda penting pun dalam blog ni. Uhm, agak agak macam mane la result final aku yek? Kalau pointer bawah dua, selamat tinggal program setaun, selamat datang program due taun.. Waa taknaaakkk. Program due tahun kat kolej tu? It's killing me.
Awal awal taknak belajar bebetul, baru sekarang nak rasa menyesal. :P Harap harap la pointer atas dua,dua pun cukup la, aku nak habiskan program matrikulasi cepat cepat, tak larat dahh. Harap harap la semua berjalan lancar.
Hari Sabtu ni ada exam MUET. Lantak la MUET, lain kali boleh ambik lagi, bukan ade fail pun.. Sekarang aku risau sangat pasal result final je. Ahad, dengar dengar nak bagi result. Kalau kena keluar kolej? OH tuhan, ape aku nak buat.. Ape aku nak cakap kat ibu jugak ayah aku..
Belajar dekat matrik memang penat ohhh. Penat bagi aku yang kurang kepandaian. Bagi budak budak cina, india, diorang tak rase camtu sebab yang masuk sume straight A waktu SPM, aku? :D Rilek je jawab, sambil korek hidung pun boleh jawab exam, cool je.
Macam mane ni, macam mane ni. Arhhhh. Demmm. Taktau nak citer kat sape, so, aku boleh citer kat blog je. Sekian babai.
p/s: lirik lagu kat atas tu takde kena mengena
2 ulasan:
salam bro
selamat berbelajar abi. Jangan leka.. :D
all e best abi, akak doakan abi berjaya dpt pointer yg baik..
alahhh setakat MUET tuh.. ape de hal haha.. akak percaya abi bole punyer plg kurang pun band 4.. caiyok2..
Catat Ulasan