Halaman

apesal

Followers

Ahad, 28 Ogos 2011

Ucapan raya

Salam aidilfitri.



Sekejap je rasanya bulan Ramadhan menjengah kita. Bulan Syawal pulak kian tiba. Kehangatan suasana kian raya dirasai. Dentuman mercun bola, mercun roket, mercun thunder clap, mercun mancis, mercun bawang, mercun ketupat, mercun raya [err..] menggamit keriangan.

Rindu nak balik kampung dengar makcik, atok, nenek membebel pot pet pot pet macam nak runtuh dapur tu. Maklumlah dah lama tak jumpa. Sambil masak masak, sambil berborak.

Rindu nak dengar suara anak sedare, sanak saudara memekik melolong lagu raya, berlari lari depan rumah, dalam rumah, bawah rumah, tepi rumah..

Rindu nak tengok sedare sedare yang cun cun tapi sume dah kawin T.T

Ok, dah cukup aku menipu. :D Takdenye sume tu. Haha. Masa kecik adelah, dah besar ni, raye tak berase ape ape. Baru lapanbelas dah takde mood raye kan, boring gile. Ni semua gara gara kurang dapat duit raya lah ni. :D

Back to the main point. Poin utama yang lurus ni nak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin buat:

Rakan- rakan kolej, room mate, classmate, ex-school mate, ex-class mate, lecture mate, group mate, kawan facebook. Aku mintak mahap kalau selama ni aku tak mampu jadi kawan yang terbaik. Tak mampu puaskan hati korang semua. Ampunkan salah silap aku. Aku cuma manusia lemah and biase biase jee. Mintak halal kalau terambik ape ape, 0-0.

Ibu dan ayah yang bersusah payah membesar dan melahirkan aku. Mintak ampun mintak maap banyak banyak sebab banyak menyusahkan dan mem-pokaikan duit ibu dan ayah dari segi elektrik terutamanya, duit topup juga dan jugak duit makan makan dekat kolej dan lain lain. Mintak dihalalkan. Along bukan anak yang baik, ampunkan along..

Buat yang teristimewa [sape sape yang rasa diri istimewa dalam hati aku, ini ucapan untuk anda], maafkan salah silap aku kalau ade, memang ade kan? Mintak maap dari hujung rambut sampai hujung kaki, mintak halal barang barang yang dah diberi, semuaalahh. Maaf sebab tak dapat jadi yang sempurna untuk kau.

Buat sesiapa yang membaca blog ini, yang mengenali diri ini, yang tak kenal pun, harap raya kali ini menjadi raya yang ter-meriah korang pernah sambut dalam dunia. Maaf zahir dan batin untuk kesilapan yang sengaja atau tak disengajakan.

Salam lebaran :)

3 ulasan:

Muhammad Naim Abdullah berkata...

selamat hari raya bro

noorfatinie berkata...

oke aku maafkan sume..tp nt wat lagi eah? ==' apee daaa...

missha berkata...

selamat hari raya 2012.. :D haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...