Halaman

apesal

Followers

Jumaat, 22 Jun 2012

Jalan sekolah lama

Tajuk macam tak boleh blah. Macam tajuk citer hantu pun ada. :D Aku 1 minit menatap skrin tapi still tak tau nak bagi tajuk ape, last last bubuh je lah ape pun. Sebelum tu, assalamualaikum. :) Pagi tadi, pegi ikut mak aku tanda report card adik aku yang ketiga tu kat sekolah. Sekolah rendah lama aku, saje la nak tengok tengok rupa sekolah tu camne sekarang. Ingat nak jumpa cikgu, tapi bila nampak cikgu lama lama tu, macam buat tak kenal jek, ade yang kenal, malu nak tegur la pulak. Adehh.

Teringat lagi mase kecik kecik, beli karipap singgit dapat lima. Maknenye satu dua posen la kan, pegang penuh atas tangan, terus sambung main. Main nak tempat class2 je, main dalam bilik mesyuarat. Hoho. Tak kunci kot. Taknak join budak lain gi main kat padang, berlari lari kat koridor.

Ingat lagi, mase tak sampai seminggu tukar kelas (darjah satu) kena tumbuk depan koperasi. Aku ingatkan budak yang tumbuk aku tu darjah tiga. Badan besar beb, rupanya sebaya aku je. Die kena upah dengan budak lain suruh belasah aku. Sabor je la. Mase tu aku dah la kecik dan comel jek.

Gembira gila dapat tukar kelas dari kelas paling last (SETIA) ke kelas (AMANAH) pertama. Rasa macam nak beritau semua jiran dekat berek tu (mase tu aku tinggal kat berek polis) Ape la bangga sangat. Kalau difikir kan balik, tukar kelas darkah satu je pun..

Ingat lagi mase darjah tiga buat bisnes mainan secara haram. Main tikam tikam kat kedai apek, pastu jual kat sekolah dengan harga lagi mahal. Haha. Budak nak pulak beli tu.. Last last, ade pengawas poyo bajet bagus ni (sumpah aku tak suka dia) kantoikan, rampas la konon sume barang bisnes aku. Nak ayat lagi sedap, barang bisnes aku disita. Pastu pengawas buang. Baling kat tengah padang ==' Wat de fish? Asal tak buang dalam tong je? Then, aku kena panggil dengan cikgu, tak ngaku, dalih dalih dalih, tibe tibe lepas tu kes tu tutup macam tu je, tak kena ape ape pon. :D

Mase darjah lima, dapat jadi pembimbing rakan sebaya. Masa tu takde orang lagi, so aku yang takde jawatan ni apply. Dapat la.. Mase tu femes kes curi curi stand basikal, brek basikal, pedal basikal, yang aloi punye. Mahal mahal la budak sekolah ni perabis duit untuk mekap basikal diorang mase tu.. Korang tau tak ape yang aloi ni? Kami PRS baru ni, leh pulak dapat tangkap pencuri tu waktu rehat then kami pukul budak tu, balasan die, tak bagitahu cikgu. Settle kan hal sendiri lah konon. Aku tak tumbuk pun, ugut je. Haha.

Ingat lagi mase darjah 4 ke darjah lima, nak join doktor muda ngan kem koko crunch, tapi tak dapat sebab result teruk. Mak aku tak bagi.. Aku yang naif ni pun tarik diri. Haha. Rugi terlepas peluang join aktiviti koko.

First time dapat abjad C waktu exam. Sains darjah 4. Cuak gila nak balik rumah sebab first time dapat C. Mase sekolah rendah bawah tak pernah. Dapat B pun tak pernah apa lagi nak dapat C. Nasib baik lepas bagitau mak, mak tak marah. :) Lega sangat2. Mase sekolah, subjek sains memang aku agak slow sikit.

Kalau nak citer semua, tak dapat la, tak cukup sehari nak taip. Haha. Nak tengok gambar sekolah pulak. Gambar baru snap pagi tadi. :)


Dalam sekolah jangan berlari..


Playground yang dari sejak tahun 2005 sampai sekarang, masih kekal ade. Klasik :)


Bilik guru tempat aku jumpa cikgu dan buat buat sibuk


Jarang masuk bilik ni. 


Tempat aku buat aktiviti kelab komputer.. Sebenarnye nak main game je..



Atas: Tandas yang dikatakan ade sorang cikgu cina bunuh diri.. Kekal misteri sehingga kini kesahihannya
Bawah: Tandas guru sejak aku darjah satu sampai sekarang still di situ..


Bilik razor. Dah tak guna dah kot.
Dulu orang kate ni bangunan  klinik askar jepun. Macam macam lah kan.


Nombor 7: Guru Besar zaman aku
Nombor 3: Paling lama berkhidmat sbg guru besar. 20 tahun kot.

Abaikan..


Aku tak sangka lak sekolah ni sekarang ade syurga. Haha


Adik adik pra gosok gigi.

Tempat pukul pencuri komponen basikal.


Tempat paling aku suka keluarkan daya kreativiti.


Bilik yang same.


Lepas makan kalau tak pegi main, lepak kat library, amek aircond, usha orang :D


Bangunan sekolah.


Bangunan sekolah lagi.

Makmal komputer baru, siap mase aku darjah 6. Best oo main game kat sini

Waktu petang banyak habis lepak kat belakang sekolah. Main kat padang.


Nama aku tak pernah tersenarai. :P Tapi menang anugerah nilam sekali. Pelik je.


Ye adik adik, kalau lari lagi, nanti cikgu kurung dalam ni baru padan dengan muka tu..

Setakat ni sahaja, tak sempat ambik gambar makmal sains, surau. Jauh sangat. Malas nak menapak. Kesimpulannya, memori lama, kadang kadang kalau dikenang balik memang best. Aku tersenyum sorang sorang masa jalan dalam kawasan sekolah tu tadi. Gila.

3 ulasan:

Chuu Muqhlis berkata...

amboi darjah satu dah gengster ye ><

#adik gosok gigi comel!

wafiy suzly berkata...

saya cuma mangsa je chuu, haha

kay_are berkata...

brutal gile bro.. siap ade orang upah pukul lagi? dasat2.. prs paling aku tak ske! wat2 baik je sume nye.. =P sekolah rendah aku dah lain gile.. satu memori pun aku tak dapat detect.. 100% change!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...