Halaman

apesal

Followers

Khamis, 7 Jun 2012

Mimpi seperti realiti

Dah lama aku tak mimpi, dan kalau pun bermimpi, mesti mimpi merepek repek. Ada dinosaur la, aku boleh terbang la, mimpi seram tapi tak menakutkan la, tak realistik. Macam budak budak. Tapi setelah sekian lama, malam tadi aku mimpi lagi! Gaya aku cakap macam tukang tilik masa depan. Haha.

Kali ni mimpi real punya. Err, bukan lah real, mimpi memang mimpi, tapi macam real. Bila terjaga dari tidur. terus bersyukur tu cuma mimpi dan taknak bergelumang atas tilam lagi. Kejadian ini berlaku lewat pagi tadi. haha. Ye, aku bangun lambat hari ni.. =.='

Kisahnya tak tahu la bermula dari mana, tapi mimpinya tentang parents aku hantar aku pergi daftar masuk U. Haha. Unibesiti ni memang jauh, nuu kat perlis nuh. Nama glemer nye unimap. Haha. Yes, aku mimpi ke sana. Struktur bangunan dalam mimpi tu tak sama la macam unimap yang real yang aku pernah tengok dulu, tapi yang aku nampak waktu masuk kawasan tu, die ade logo unimap. Cawangan kot. haha. Takdelaaa

Waktu mimpi tu, sempat lagi aku fikir, setau aku, aku tak isi pun unimap dalam upu. Sah, aku jadi student yang kena lelong. Tapi, dalam mimpi kan, takde la rase sedih ke ape, follow je storyline mimpi tu macam anak patung..

Ok, sambung mimpi balik. Aku ditempatkan kat satu kolej kediaman. Aku duduk tingkat berapa? tujuh? Diulangi, tujuh?? Naik tangga? What the fish. haha, penat gila naik sampai atas. Tapi dalam mimpi sempat lagi fikir positif. Hari hari naik turun tangga boleh exercise, dan takyah la balik selalu, boleh lepak dekat library, study lama lama. Cehh, cuba nak menyedapkan hati.

Sampai je kat bilik, tak kemas, tak ape, nampak budak ramai ramai tengah mesyuarat ape tah. Tak sempat nak dengar ape dorang cakap, aku tersedar.

Dalam dunia nyata.. Waahhh, tadi tu mimpi je rupanya! Syukur sangat sangat. Aku tak nak gi sane wehh. Jauh. And aku taknak duduk tingkat tujuh, penat la hari hari naik turun.! Cehh, tadi dalam mimpi kemain lagi pikir positif. Bingkas aku bangun, bukan nak gi mandi terus ke ape, duk depan tv, melantak dulu, lupakan mimpi tragis itu. The end.

p/s: Aku sedari, aku ni takleh berenggang dengan mak bapak. Manja ke aku? Sampai bila nak macam ni? Haha. Boleh nak pergi, tapi macam jauh sangat, rase tak sanggup. Lain la kalau ade awek nak teman aku kat sana :D Dan, adakah itu satu petanda aku akan jadi student lelong? Mintak mintak lah tak. :(

3 ulasan:

Muhammad Naim Abdullah berkata...

besa la 2.
:)

missha berkata...

moga dapat yg terbaek :)

kay_are berkata...

mimpi je tu bro.. belum kuar result so jangan pikir negatif sangat r.. rilek2.. nanti kuar result baru tau

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...