Halaman

apesal

Followers

Isnin, 4 Jun 2012

Minggu Pengurusan Pelajar Baharu KMJ

Salam.  Pertama tama, thanks buat pembaca baru baru jengah blog ni, tak sempat nak lawat korang balik. Sorry. Akan jengah secepat mungkin.! K? Ok korang sambung baca.

Dah tiga hari minggu orientasi pelajar baru dekat kolej aku berakhir. Baru ni la ada kesempatan nak jengah blog. Ada satu cerita lain yang berlaku tadi, tapi akan aku cerita kemudian sebab keadaan broadband yang tak mengizinkan. :( baru je ingat nak ligat ber belog. Bila internet kacau ni, mood nak menulis tu tak berapa nak ada..

Dua minggu terperap dalam kolej memang mencabar. Bukan untuk belajar, tapi untuk menjadi pemudah cara kepada orang yang baru nak belajar dalam kolej. Seminggu pertama kami (fasilitator) diterapkan dengan pelbagai ilmu menjadi fasi (?) Yeke? macam banyak main jek. Haha. Pada pendapat aku, tak payah ada kem seminggu awal tu pun takpe, macam tk penting dan takde kaitan sangat..

Tapi syukur jugak la ada kem tu, jadi, sempat la mengenal fasi fasi lain yang sebelum ni kita tak kenal, ade tu, tak pernah nampak muka pun sepanjang kat kolej. :D Dek sebab orang yang menjadi fasi ni, orang yang mudah ramah, mesra, baik, alim. *eh. So, kitorang memang cepat masuk dan ngam. Walaupun ade la segelintir pihak yang tak sempat nak tegur jugak walaupun dua minggu, takpe la, sekurang kurangnye terserempak tu kita senyum kat die, ye tak? Haha. Ramai kot. Tak sempat la nak kenal semua. 90 persen je dah kenal.

Minggu MPPB brjalan dengan amat baik sekali. Banyak komen positif nampaknye tahun ni. Dulu orientasi diuruskan pelajar alumni, tapi kali ni, pelajar yang baru habis study pulak diorang ambik. Yang lagi membanggakan, guard cakap, ni la fasi paling buat kerja nak dibandingkan dengan yang dulu, first time trafik bergerak lancar nak dibanding dengan tahun tahun sebelum, ada lecturer cakap, kami sentiasa ada bila diperlukan, fasi paling sporting, dan macam macam lgi la. Haha. Sape tak bangga kan?

Tapi dalam banyak banyak pujian yang kami dapat, ade jugak segelintir pihak yang tak puas hati dengan kami. Ade la, tak boleh cakap dekat sini, nanti jadi isu. Haha. Salah satu isu yang boleh aku sebut kat sini, isu pakai tudung. Orientasi kitorang menwajibkan semua pelajar perempuan memakai tudung (taktau la tempat lain), bagi yang non muslim, bolehlah pakai macam selendang ke ape, asalkan bawa tudung tu, bukan suruh pakai tudung litup terus pun.

Kami dapat berita, ada si polan ni, buat aduan sampai ke jabatan perdana menteri. Katanya kami paksa pakai tudung. Sebenarnya bukanlah memaksa, tapi kan dah cakap, pakai la macam selendang ke ape ke, bukannya suruh tukar agama pun. Perkara ni dikira isu besar jugak la, sebab lepas tu bahagian matrikulasi hantar orang die temuramah dua tiga budak non muslim: soalsiasat. Bagi aku perkara macam ni tak perlu kot dibesar besarkan, settle cara baik kan boleh.. Tapi yelah, manusia. :)

Aku rasa la yang buat aduan tu non-muslim. Kalau muslim, memang pelik la kalau marah nak buat aduan. Satu persoalan, orang sekarang, memang bergantung pada pangkat ke nak hidup?


kelas mt7 di bawah kendalian aku

Takde benda dah nak citer kot. Kalau nak cite semua memang sampai dua puluh entri agaknye baru habis. Haha. Aku still tak puas hati lagi sebab aku still gagal mencungkil bakat aku untuk cakap depan orang ramai.! Bila la nak ade peluang lagi.

1 ulasan:

kay_are berkata...

budak aktif time matrik r ni.. kalau tak, takkan r matrik panggil jadi fasi.. ko sebut trafik.. teringat aku dulu.. memang trafik tak lancar time aku dulu.. kadang2 bertembung ngan group lain.. pastu kne stop lame.. sabar je..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...