Sepanjang hidup aku tak pernah pulak singgah bengkel tu melainkan pertama kali pagi tadi laa. Ape yang aku tau setiap kali lalu depan bengkel tu anjing tauke tu menyalak kat aku, mungkin muka aku sangat rare dalam malaysia ni dan kebiasaannya ditemui di korea selatan sahaja. -__-
![]() |
plat ni lebih rare dari aku dekat rompin ni |
Sampai jer kedai lepas penat tolak motor padahal tak jauh mane pun terus aku letih dan berbuka ulang balik skrip drama yang ayah aku ajarkan kat aku pagi tadi.
Tolong tampal tayar ni, kalau tak boleh tampal, lu kasi tiup tiub tukar.
Dalam 10 minit jugak la aku tunggu die 'berbuka' jam 10 pagi dengan member member die. Sempat aku perhatikan anjing die. Senyap. Dah tak menyalak. Mungkin terpukau dengan pesona wajah aku. Lupakan.
Belek punye belek, apek tu kate tak boleh nak tampal sebab aku dah guna tayar tu lama time pancit. Yelah, time pancit tu malam. Gelap. Hantar adik aku tuisyen jauh pulak tu. Takkan aku nak sorong motor dalam gelap? Aku bimbangkan keselamatan adik aku dan jugak aku. Selain itu, aku jugak takut kot ade penyamun ke ape datang nak serang aku. Aku masih teruna :D
Kalau tak boleh, tukar jelah tiub apek, jangan la banyak cakap. Merusuh dalam hati sebab apek tu banyak soal. Akhirnye beliau isi jugak tiub.. Sambil aku dok tengok die buat keje die, aku tanye la die..
ex5 tukar coverset berapa?
Tak berjawab. Tapi soalan tu disapa oleh bunyi hon keter polis. Mungkin die tak dengar. Aku pun lekas lekas mendapatkan ayah aku yang berada di tempat duduk pemandu. Sekali ayah aku cuma nak tanya pasal kena tampal ke kene tukar tiub jer, heh. Duduk balik, aku tanya lagi.
motor ni kalau handle dah belok, apek agak agak berapa kena?
Aku tanye macam macam pasal motor tu bukan ape, sebab kawan aku, mazwan namanya, eksiden hari tu, pakai motor ex5 kawan die, so, bile teringat, saje aku tanyekan, lagipun untuk memecah suasana hening since apek tu tak banyak cakap pulak kali ni + anjing yang diam.
Kali ni laju je apek tu jawab. Mungkin dah bersedia.
wa taknak agak. wa tak mau kira. kalau u cakap/tunjuk ape yang rosak baru wa boleh cakap. ade orang tanya wa, 'ini enjin kasi overhaul berapa u agak?' wa macam mana mau cakap? mau tukar apa rosak? u mau tukar apa? mana boleh agak agak saja. kalau ada part yang rosak die (motor) mesti kasi signal punye. mesti ade bunyi ke, ape ke, mesti ade punya.
Banyak lagi la yang die membebel lepas tu sampai aku pun tak berapa ingat. Yang aku ingat lebih kurang benda ni je lah. Tiba tiba lepas tu die ramah tanya pasal pelajaran la, sekolah mana la, kenal anak die tak, sempat sekolah kat SMK Rompin tak.. -__- Tak terlayan aku. Aku tamatkan citer aku ni kat sini, ok?
***
Jawapan apek tu aku berjaya ubah dalam aplikasi hidup kita. Aku simpulkan ada seorang polan bertanya mengenai apa silapnya, apa dosanya sepanjang hidupnya di dunia. Namun si polan tak pernah mendapat jawapannya. Lalu ada suara yang mendatangi si polan itu dan berkata:
"Muhasabahlah. Kau akan tahu apa kesilapanmu di dunia dan apa dosa yang kau lakukan sehari hari. Tiada insan yang mengetahui dosa atau amalan mu sepenuhnya sehari hari melainkan dirimu sendiri"
"Bertanya pada orang lain tidak mungkin menemukan kau pada jawapan yang sebenar kerana tidak semua orang mengenali kamu, tanyalah diri, tanyalah hati, semoga Dia akan beri petunjuk kepadamu. Jika ada kekhilafanmu, kau pasti dapat mengesannya melalui muhasabah."
Timer kasih apek. kau dah mengajar aku something good. Korang faham ke tak? Respect++ kalau korang bace entri panjang ni sampai habis.
14 ulasan:
done ~ haha
setuju dengan perenggn kedua last..hmm
jom muhasabah. kita lebih kenal diri kita dari orang lain :)
part mane muka korea tu aku pun taktau r.. aku munasabah sendiri je r pasal muka korea ko tu =P mesti ko nyesal kan tanye soalan kat apek tu, tak pasal2 dah jadi terlebih peramah lak.. ape pun, betul2.. kalau nak tau mane silap kite.. senang tanye diri sendiri je r.. kite lagi tau kan?
aku bace sampai habis, cepat respek aku! =P
nais entry ..dlm pada apek tu mmbebel, but still bole kaitankan dlm kehidupan utk muhasabah diri sendiri.
tahniah naim, haha
missha, mane perenggan? aku da lame tak belajau bm, haha
kr, aku mmg respek kau la, tak nampak ke aku tgh tabik kat kau ni? haha. muke aku mmg korea, siyes
chuu, tibe2 teraplikasi dalam hidup, hoho
aku baca sampai habis.. tp aku tak paham part moto. mende tah overhaul bagai. haha. :p
nice entry btw. kita lebih mengenali siapa diri kita. so, muhasabahlah.
satu yg aku perasan bila kita nak tukar tiub ke nak tampal tiub ke..mesti byk soalan lain yg kita nak tanya kat apek kan.. rim berapa ringgit la.. overhaul berapa? tukar cover set berapa? macam..macam... hahaha.. aku baca sampai habis entri ni dan aku dapat sesuatu dari entri ni gak.. thumbs up bro.
Unexpected cite psl apek & repair moto tetiba leh apply dlm hidup. Betul gak tu. Aku pun bila ditimpa dugaan, aku mmg jarang nak timbulkan persoalan "Apa salah aku?" "Apa dosa aku?".
Bila aku nak tertimbulkan soalan tu pun, aku cepat insaf sbb mmg dr dulu aku tak suka timbulkan soalan tu. Aku rasa tak patut, selaen kita tanya diri kita sendiri. Yup! Tanya means cari jawapan, bukan tanya yg bermaksud argue :D
hansyirah, aku pun taktau overhaul tu ape, repair kot.
time kasih adan :)
kak liya, nape komen kau bernas gile2? hoho
Catat Ulasan