Halaman

apesal

Followers

Jumaat, 6 Julai 2012

Filem 8 jam (Pertarungan Antara Nyawa Dan Cinta)



Dah tengok filem lapan jam ni? Err, bukan filem ni berduration 8 jam ye, tapi tajuknye lapan jam. Mampus la nak duduk tengok movie 8 jam, tumbuh akar nanti kat punggung. haha. Tagline die pertarungan antara nyawa dan cinta. Macam best kan?

Sejak tengok trailer filem baru ni, aku agak kagum gum gum jugak la dengan style MiG buat filem (based on trailer only). Sebab selalunye, MiG keluarkan cerita komedi je, ade yang kelakar, ade yang entah ape ape pun banyak jugak. Tapi filem 8 jam ni macam ade kelainan sikit la..

Dalam citer ni Shaheizy Sam banyak main dengan emosi oo. Pastu babak lawan lawan die macam fuiyoooh je (sekali lagi based on trailer only).  Jom tengok trailer dengan Sinopsis sikit.


ALANG, membesar di sebuah lorong yang penuh dengan keganasan dan jenayah. Zaman kanak -- kanak Alang dirampas daripadanya apabila ibunya mati dibunuh seorang Ah Long semasa mereka cuba melarikan diri daripada kawasan jahanam tersebut. Alang yang tidak mempunyai sedara mara yang lain telah dihantar ke rumah anak -- anak yatim. 
Alang menghadapai kesukaran untuk bergaul dengan rakan -- rakan sebayanya yang lain dek kerana cara kehidupannya yang dulu namun muncul JULIA, yang tidak putus -- putus cuba untuk berkawan dengannya. Keikhlasan Julia menyebabkan mereka menjadi kawan baik sehinggalah mereka meningkat umur belasan tahun. Hubungan persahabatan mereka lama kelamaan bercambah menjadi cinta. Namun, hubungan mereka terputus ditengah jalan kerana Julia telah dituntut oleh mak ciknya. 
Atas desakan mak cik Julia, pihak sekolah telah merahsiakan alamat dan no telefon Julia sehingga Alang dan Julia tidak lagi berjumpa. Alang akhirnya kembali ke kehidupannya semasa kecil. Alang cuba untuk hidup dengan aman namun munculnya beberapa konco daripada satu geng meminta wang perlindungan. Alang yang bengang telah bergaduh dan menyebabkan dia menjadi sasaran geng tersebut. 
Ditakdirkan Alang bertemu semula dengan Julia yang sedang dalam keadaan kesusahan. Alang yang terlalu cintakan Julia menerima Julia dengan gembiranya dan mengharapkan Julia akan sentiasa bersamanya. Namun, kebahagiaan mereka hanya sementara apabila muncul mak cik Julia menuntut Julia kembali dan konco -- konco geng tersebut sering menghantui Alang. 
Kini, Alang berada di dalam penjara kerana dia telah membunuh seseorang. Siapakah yang telah menjadi mangsa Alang? Mengapakah Alang bertindak sedemikian? Dapatkah Alang dan Julia hidup bersama semula? Semuanya akan terjawab dalam filem '8 JAM'. 

Sekian saje repekan hari ini.. Aku tertunggu tunggu filem ni masuk Astro first, huahuahua. Nak tengok kat wayang mane lah ade kat tempat aku nehh.

nota: babak lawan2 memang sinonim dalam hidup seorang budak laki. namun, babak seram, aku tak suke ==' err, ade kaitan ke?

1 ulasan:

missha berkata...

tak sabaq juga nk tengok :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...