13 Julai 2012. Jumaat. 12 tengah hari. Macam sweet je kan keluar hari jumaat? Penuh berkat gitu. Harap harap la keputusannya memihak pada aku. Harap harap la Allah beri aku rezeki yang baik. InsyaAllah. Jam dah pukul dua nih. Adakah aku patut buat sesuatu atau patut aku biarkan saja?
Ya, aku rasa aku patut panjatkan doa untuk kali yang.. err. bukan terakhir. Yang kedua terakhir untuk keputusan esok. Sebab yang terakhir mesti la lepas solat jumaat kan. hehe.
Mana lah UPU hantar aku pulak lepas ni.. Ikutkan permohonan aku mintak dekat dekat je. UTHM, UMP, UTeM. Untuk research U pulak aku bubuh UTM je. Heheh. Dah rasa dah tak dapat, tapi isi jugak. Mane la tahu rezeki..
Reason mintak U dekat dekat sebab kat sana ada course yang aku nak, bila dekat maksudnya senang balik rumah, boleh lepas rindu bebila masa dengan memulangkan diri ke kampung halaman, tak susah kalau ade urgent, tak meningkatkan kos perbelanjaan. <-- itu je la yang aku fikir dari dulu sampai skang.
Acane ni, aku tak rase berdebar lagi ni.. Serabut je ade. Sejak sebelum jawab SPM perasaan berdebar tunggu keputusan dengan perasaan berdebar sebelum exam aku dah mati. Mungkin dah lali agaknye sampai dah tak boleh nak berdebar lagi. Agak agak la kan. Agaknye time aku lafaz akad nikah nanti berdebar tak ek. Cis, sempat lagi fikir pasal tu.
Cakap pasal berdebar, aku ade darah gemuruh. Untuk pengetahuan korang la, darah gemuruh aku boleh kita kelaskan dalam kategori, teruk. Bila aku gemuruh, aku akan rasa loya tekak macam nak muntah, batuk batuk, rasa dada sempit, kadang kadang berpeluh satu badan. Seksa weii. Benda ni automatik jadik. Penyakit takda ubat.
Ok, stop citer pasal darah gemuruh aku. Semalam, mak aku beli handphone ter-latest dalam sejarah dunia skang. SAMSUNG S3. Jeles nohh. Kemain teringin kot nak pegang benda benda baru dan canggih manggih ni. Mak aku cakap, kalau nak, beli mase dah ade kerja nanti. Bila fikir balik, hehe, lambatnye la nak abis degree :P
dapat masuk U takde hadiah henpon ke? nak gak sebijik, heheh |
"Bismillahirrahmanirrahim"
"Saya doakan Abdul Wafiy bin Suzly berjaya mendapat kursus yang baik untuk degree dia nanti"
"amin"
sila ulang banyak banyak kali doa ini.. ek?
"Saya doakan Abdul Wafiy bin Suzly berjaya mendapat kursus yang baik untuk degree dia nanti"
"amin"
sila ulang banyak banyak kali doa ini.. ek?
4 ulasan:
manja la kau nk u dekat2...haha..
hm..gud luck :)
err.aku macm sadis pulak bila tengok handset2 ni, sbb mngngkan hndset dah rosk hr tu..
lupa pulk nk tmmbah fakta penting,
aku pun belsan jugak..haha
berjaya seorang umat Muhammad..
^^
Kemaen teruknya darah gemuruh tu. Dah ulang dah doa tu err tak ulang, baca skali je. Jujur. Hehe. Btw, semuga apa yang dikehendaki tercapai. All the best 4 everything ya!
*Err owh baru belasan rupanya. Kanak2 ribena lg ni :P
Catat Ulasan