Halaman

apesal

Followers

Rabu, 11 Julai 2012

Hidup dibayangi stalker (part 2)



Sekarang, aku nak sambung citer aku dalam entri yang aku stop tadi. Sila baca kalau tak bosan. Hahah

***

Mase tu aku ter-kenal la pulak dengan sorang laki nih dari fb. Mase tu aku dah kenal la pempuan tu yang mana. Laki tu kate die da bertunang, dah kerja, dan die plak fall in love dengan perempuan tu. Dia sibuk sibuk la yakinkan aku untuk terima pempuan tu seadanya.  What the fish?? Apasal pulak ko nak yakinkan aku? Apsal pulak ko nak sibuk hal aku? Laki tu dah lama suka kat perempuan tu, tapi pempuan tu tak layan die. Ok fine, tapi kenapa aku kena layan die pulak?

Laki tu explain punya la panjang lebar, pempuan tu jenis macam mana, lain dari pempuan yang aku selalu jumpa. Macam macam lagi la. Siap hack blog budak pempuan tu nak suh aku bace. Entah la, ade tulis pasal diri aku kot. Aku tak bukak pun blog tu, walaupun die emel kat aku link nye. Malas la nak bukak lagi pun pempuan tu tak kate pun boleh bace kan.

Ade satu hari tu, aku tengah text2 dengan budak pempuan ni, aku cakap la yang aku ni teruk, jahat and etc. Memang aku macam tu pun. Mase tu aku salahkan diri sendiri jugak ar sebab clash dengan 'cinta mati' aku dulu. Kononnya la cinta sampai mati. Padahal. Ish. Cakap pasal ex, aku syukur sebab aku dengan die dah berpisah, dan jugak die pun dah jadi lebih baik dan muslimah. Daripada aku terus menerus dengan die, menambah dosa je.. Aku menyesal jugak sebab ajak die kapel dulu, ye lah, tapi itu dulu..

Ok, sambung story. Lepas aku bagitau yang aku ade buat something tu, die marah marah aku, suruh aku stop buat benda tu. Taknak la bagitau orang lain ape aku buat. Itu rahsia. :) Cuma thats the point, aku pun bengang la sebab bagi aku die sibuk hal orang lain apsal pulak kan? 

Sejak tu, aku dengan die dah renggang. Dah jarang mesej. Walaupun die budak kolej aku, aku tak pernah cakap dengan die. Nampak pun buat muka bodoh je. Mungkin gak ini alasan kukuh untuk jauhkan diri.

Lagipun, aku tak selesa. Walau camne pun, aku still dibayangi text dari die, tak berbalas, kadang2 je aku balas bagitahu enough. Senyap la kejap  sebulan ke, 2-3 minggu ke, lepas tu, die text lagi. Ajak kawin la ape la ==' Dan dalam tempoh tu, aku gak selalu dapat mesej fb dari crush die tadi tu cakap pasal pempuan tu sepanjang aku ade dekat kolej sampai la habis.

Sebelum exam final, birthday aku. Die bagi aku present. Bukan face to face la. Die suruh kawan die kasi. Mase tu baru keluar dari kuliah, tengah serabut depan dewan kuliah tu (sebab semua orang keluar serentak) tiba tiba kena tahan dengan pempuan lain, yang aku agak kawan die, bagi bungkusan. Aku yang dalam keadaan nak cepat tu, dalam bersesak sesak, ambik je lah kan. Nak cepat. Lagipun, kalau aku tak ambik, rase dungu lah pulak sebab ramai duk perati.

OK, sambung kendian lagi, guruh ni saje je takmo kasi aku terus menaip =='

9 ulasan:

Ismi Farizul Ikhmal berkata...

Erk, laki tu lagi psiko kot

Muhammad Naim Abdullah berkata...

:)

x sabar nak baca.

Liyaa Mf berkata...

Erk! Igtkan cukup sampai Part 2. Rupanya ada sambungan lagi. Okeyy gak ni. Dah cam drama bersiri TV3 lak. Terasa suspens gila dah ni. Mohon cepat cite sepenuhnya :D

Tp so far apa yg aku leh ckp, mmg rimas gila if de stalker camtu. Sampai ajak kawen bagai. Haish! Agak2 r kan?

Hansyirah Takezur berkata...

oh ok. ko laki. haha

gempak laa ada peminat pompuan stalk. huiihh. hotnya.

kay_are berkata...

aku dah komen panjang atas tu, tapi yang bawah ni, kalau die dah ajak kawin.. merepek sangat dah tu.. tu je aku leh cakap.. tapi setuju ngan blogger.. gile hot!

wafiy suzly berkata...

farizul, laki tu memang psikotik gile beb. siyes

wafiy suzly berkata...

akak liyaa, lepas ni mcm ade sekuel jer, entah ar, haha

wafiy suzly berkata...

hansyirah, aku memang hot. hahah. gila.

wafiy suzly berkata...

kr, ni namenye rezeki tuhann. heheh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...