Walaupun di bulan Ramadhan, sang abang, tetap melakukan aktiviti riadah bersama adik adiknya seperti biasa. yelah, nak main ngan sapa lagi, dari 13 taun sampai ke sekarang, asyik duk merantau je, sampai jiran sebelah rumah pun beliau tak kenal. Sabo je lah. lagipun, boleh la latih adik beliau sikit, biar terel main badminton ni. - katanya.
Sang adik yang baru setahun jagung dalam arena kebadmintonan ini sering saja mencabar kesabaran sang abang. Hal ini kerana abangnya terlalu terel! Sang adiknya pula masih mentah mentah gitu. Meskipun sang adik pernah menerima kursus intensif dari keluarga Sidek semasa darjah lima taun lepas, itu tidak bermakna dia hebat! Gumam sang abang di dalam hati.
Dek kerana kehebatan abang mereka yang sudah melampaui batasan, pastinya sang adik kecundang dek pukulan kencang abangnya yang tiba tiba sahaja membelah udara dan angin bayu pada petang itu. err. pada setiap petang.. ye?
selalunya kalau tak terbakar, shuttle kena sambar kilat |
Tindakan abangnya ini tidak lain tidak bukan hanyalah untuk melepaskan geram dan stres ke atas bulu tangkis tersebut. Segala jenis bola, kalau pukul macam mana pun, pasti dapat ditangkis si abang. puhh. Terel benau si abang ni. Jika bulu tangkis mengenai muka sang adik, sang abang ketawa gembira.
Saksi yang berada di tempat kejadian yang menyaksikan pertarungan tidak sengit dan agak tidak adil itu memberitahu pihak yang bertanya: "Shuttle tu biasanya tak dapat tahan lama, kalau tak terbakar, kena panah petir, tak pun kedua duanya sekali. Beliau tu memang terel kat kawasan ni.."
Kehebatan sang abang terus menerus menjadi bualan hangat orang ramai. Seringkali..
Realiti..
Ohh, dah berbuka dah? Ingat nak tidur kejap je, ni sampai terlajak ke waktu maghrib apehal? =='
6 ulasan:
aku dah agak dah bukan realiti..haha.. kot aku tak pernah tau pun kau main badmintn..lalalla :)
aku ingat ko betul2 terror tadi.. mimpi rupe nye.. baru nak kagum, terus tak jadi =P
missha, aku mmg main badminton la, tp takde la smpai wakil2 sume, haha
haha, kagum la sat kr, kasi aku kembang
seorang abang.. ;D
kagum sekejap.. kihkihkih..
Catat Ulasan