Halaman

apesal

Followers

Selasa, 3 Julai 2012

Sijil palsu USM.

Aku ingat malas nak belajar lagi la lepas ni. Dengan pointer pun entah ape ape. Jangan harap la nak pergi jauh. Tapi takpe, tanpa pelajaran, aku boleh dapat kelulusan. Tak caye? Still boleh lagi, tak tipu. Jom. Korang nak sijil ape? PHD? Master? Degree? Cakap je..

Kenapa?

Sebab..

SEMUA TU BOLEH BELI DERR..!!

Dua perempuan dan sorang laki (bekas pelajar USM) menjadi dalang menjual ijazah palsu menerusi internet. Haha. Tak caye lagi ke?

Cara nak beli punya lah senang..

Mula mula korang online. Cucuk broadband masing masing atau ape ape talian internet yang korang suka. Jangan lupa baca bismillah bagi yang beragama islam, barula berkat sikitkan, heheh.

Lepas tu, bukak laman web tadi tu, pilih kursus yang korang suka. Nak gempak ambik la medik ke ape ke. Jangan risau, benda ni guna 1 peratus je kepandaian anda untuk memilih kursus. Tak perlu la nak ade ilmu doktor bagai.

Pastu boleh la menghubungi nombor perkhidmatan yang disediakan.. Sekali lagi, bace la bismillah. Patikan gak korang ade topup atau talian masih belum dipotong pihak TM.

Kendian, bayar duit pendahuluan RM 400

Kemukakan salinan kad pengenalan. Senang je pun, adik aku boleh buat ni..

Sebelum terlupa, korang mesti atas 17 tahun. Takkan la aku cakap adik aku boleh buat, so, budak tedika pun boleh ade degree? Jangan harap.

Contoh sijil die pos kat emel dulu.

Pastu, bayar rege pakej keseluruhan RM 5888 termasuk sijil MUET. Nah, kat sini korang takyah susah susah nak seat exam MUET tu. Buat belit lidah je. Benda ni ade macam macam pakej kot. Pakej umrah je takde.

Sijil diperoleh tempoh seminggu.

Then, korang dah ade sijil cambest milik korang sendiri! Yippee. Boleh buang duit PTPTN gi joli, ade biasiswa lagi ar best buat joli. boleh stop belajar. Yeayy! Pastu balik rumah, frame kan depan ruang tamu. Bangga seyy!


nota:

pandai la nak kaut untung yek. Cari duit raye ke buat sijil palsu? Kah kah kah. Padan muka dah kena tangkap.

aku ingat nak beli jugak la, beli ijazah perubatan. Bukak klinik. Pesakit datang, bagi je panadol actifast. Abes citer. :D

Err, aku still nak usaha untuk berjaya ye, yang ayat atas atas tu cuma lakonan semata mata.

pelajar USM jangan risau, sijil korang still laku lagi. Tak caye bace sini. Er, tapi asal korang mesti tak caye ek? Haha

2 ulasan:

Muhammad Naim Abdullah berkata...

$$$

tapi dosa sama cam $$

kesian~

kay_are berkata...

macam2 care orang nak kaye sekarang ni.. jual sijil palsu pun boleh.. hmm..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...