Halaman

apesal

Followers

Jumaat, 24 Ogos 2012

I do that for protecting u, my sister


Salam. Ade satu benda aku nak story mory kan hari ni. Tapi sebelum tu, nak bagi pengumuman sket bahawa, entri yang ade gambar robot tu, lukisannya bukanlah dilukis oleh aku, tapi dilukis oleh seorang kanak kanak yang sayangkan ayahnya.

Ayahnya menghidap kanser, jadi imaginasi seorang anak lelaki (rasenye) yang memilih sesuatu yang bersifat gah dan hebat seperti: robot. menganggap bahawa robot tersebot boleh cure sakit ayah beliau tu. Dan aku kongsi sebab aku rase gambar tu menyentuh perasaan. Lagi lagi ayat touching dia. So, sorry wat sesape yang salah faham. Hehe

Ok sambung story. Aku suka buli adik adik aku. Statement. Kenapa aku suka buli adik aku? Because i have been lonely since my birth day, until 4 years later i got my first adik. Girl. Dan perasaan yang sunyi bile tibe tibe muncul seorang adik, hilang camtu je.

Sekarang aku ade tige orang adik. Sepatutnya ade tujuh, tapi empat lagi dah pergi dulu. Tiga orang adik aku ni berbeza umur jauhhhh. Sebab aku dah nak masuk unibesiti, tapi due orang yang last still sekolah rendah lagi. Aku cuma ade diorang untuk mengisi kebosanan aku.

Bukan tak boleh keluar rumah, lepak ngan member, tapi aku dah duduk asrama since form1, So, aku tak ramai kawan bile aku balik rumah. Hanya adik adik, peneman sepi. Sebab tu agaknye aku suka buli. Sebab jurang umur jauh. Perangai aku bila duduk dengan member n bile duduk rumah lain sangat. Aku matang bila diluar, tapi transform kepada budak sekolah rendah bila duduk rumah.

Bukanlah buli yang jahat2 tu, cume mengusik diorang, aku rasa tak pernah sehari pun adik adik aku tak ketawa dengan perangai aku bila dekat rumah. Ape aku buat tak payah la citer kan, aku sendiri malu. :D

Tapi, dengan adik pempuan aku ni, sejak kelmarin, aku dah tak dengar die ketawa lagi. Disebabkan aku. Aku jadi barua pada suatu pagi dengan mengantoikan die kat mak aku. Pagi khamis kelmarin rasenye. Storynya, aku cek henpon adik aku, terbaca satu mesej dari number oversea. Dari budak lelaki. I dont know what they talking bout. Macam dapat agak la skit, tapi malas nak serkap jarang.

Lagipun, aku selalu ambik henpon die, takde ape pun nak tengok, tapi suka belek belek. Die jadi susah nak bagi tengok sebab macam menyembunyikan sesuatu. Bukan aku tak puas hati ke, jeles ke, tapi sejak due tige menjak ni kan banyak kes budak lari ikut pakwe pegi lombok la, pegi kawin kat siam la. Aku taknak adik aku jadi macam tu jugak.

Sebab tu lah aku jadi barua. Aku kantoikan jugak. Plus, die pakai henpon kawan die. Dah dekat sebulan pinjam, aku jadi curious, betul ke kawan punye, bapak lame die pinjam haram tak pulang pulang? Ke kau beli? Ke kau.. ah malas nak tuduh tuduh. Sebab aku ade satu story pasal diri sendiri, maybe lepas ni aku story.

Yang adik aku pinjam henpon kawan die tu pun, mula mula dah kantoi, lepas tu die cakap dah pulang, padahal ade je lagi. Die tipu? Aku diam kan aje selame 2-3 minggu. Aku pun tau, ade benda kite tak perlulah nak jadi barua sume benda nak jipang dekat mak. Bukan style aku pun, tapi sebab aku rase macam dah over the limit, aku kena bertindak sesuatu.

Aku dah pesan kat mak aku jangan cakap aku yang buat, tapi taktau lah kan. Aku cakap gitu sebab nak menjaga hubungan aku dengan adik aku ni.. Tapi die macam tau aku yang sebut je. :( Oi, bile kau nak senyum balik dan lepak dengan along? :( Sebagai habuannya, henpon kena rampas, sim tak sure mak aku ambik ke tak, n asek kena bebel dengan mak kitorang.

Kepada angah, kalau kalau satu hari nanti tergerak hati nak baca blog along kan, i am just protecting u, please be a good girl. Ok? Tak salah nak minat kpop ke ape, but please la jangan terlebih. Along buat macam tu sebab along sayang adik adik along. Along memang tak banyak sakat angah sangat, sebab along tau angah dah besar, walaupun ade kale along buat jugak. Tapi, walaupun angah dah besar, angah still bawah tanggungjawab along, selagi along bergelar abang kepada angah. 

Truly,
Your abang.
Barua sukses

8 ulasan:

missSenget berkata...

satu hari nanti, dia akan sedar napa along buat mcm ni..

tp hrp kesedaran dia bukan dtg pada waktu yg dah terlambat...

missha berkata...

aku agree ngan komen pertama :)

err..mungkin kau patut bagi explanation? fuuu

wafiy suzly berkata...

missenget, gaya anda ckp mcm nak doa aku mati jah, hahahaha. kidding

wafiy suzly berkata...

missha, explaination of what?

Liyaa Mf berkata...

Hi Barua yg sukses. Haha!

Eh aku salu gak rasa bersalah bila aku kantoikan apa2 psl em em ade la antara adek beradek aku. Kdg tu aku kantoikan bkn nak tunjuk aku bagus & nak bukak kesalahan org len. Cuma cam kau gak, aku sayang org tu. Aku taknak dea terus hanyut dgn kesalahan dea & at the same tyme, aku bukanlah org yg tepat utk memperbetulkan dea. So, caranya, kantoikan dea dgn tujuan menyekat kesalahan dea tu drpd berterusan.

Tp pastu salu rasa bersalah. Huuuuuuu

wafiy suzly berkata...

kak, aku beza ngan kak. aku bersalah kejap je, pastu dah tak kesah dah, haha

kay_are berkata...

sebagai sorang abang.. aku faham.. membuli adik2 tu sesuatu yang baik =P tapi tindakan ko kat adik tu bagi aku bagus.. bukan ape, takut jadi bende makin buruk lak nanti kan? so cegah dulu

Leyya Annisa berkata...

T.T

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...