Halaman

apesal

Followers

Isnin, 20 Ogos 2012

Selamat berhari raya (jom nyanyi sama sama!)


Tajuk: Selamat Berhari Raya
Nyanyian: Rahimah Rahim

Selamat berhari raya
Ucapan ku untuk semua

Selamat hari raya sekali lagi, aku ucapkan kepada semua pembaca blog yang tak seberapa ni. Selamat hari raya aidilfitri pada tahun 1433h ni. Semoga Ramadhan yang baru berlalu pergi membawa perubahan dalam diri.. Kalau tak banyak, sikit pun jadi lah.

Kita mengeratkan semula
Hubungan saudara
Yang terpisah


Yang jauh berkirim salam
Yang dekat berkunjung-kunjungan


Ye, nama pun raya, dapat pahala lah kalau kita bertemu, menziarah, melawat sedare mare.. Memang disunatkan kita saling menziarahi, saudara islam kite, tak kira lah jiran ke, saudara saudari cikebum cikebum ke,atok nenek ke. Asalkan namanye ziarah, dapat pahala. Kalau pergi masjid untuk solat raya ikut jalan A, balik ikut jalan B pulak, biar nampak ramai orang, biar dapat tegur ramai orang, rapatkan silaturrahim.

Kalau dapat join marhaban pun bagus, merapatkan silaturrahim, dapat pahala marhaban lagi, dapat makan, untung untung boleh dapat duit raye walaupun umur dah tua kedaung :P Tapi niat mesti mau ikhlas la, setakat nak collect duit raye semata mata, boleh simpan je impian tu..

Maaf dipinta dan diberi
Semoga ikatan berkekalan abadi

Dalam bulan syawal eloklah kita bermaaf maafan dengan semua orang, mintak halal makan minum, mintak halal ilmu, doakan kebahagiaan kesejahteraan sume. Kot banyak dosa kan. Kalau tak banyak dosa pun, kena mintak jugak. Terutama dengan mak ayah. Kot kite selama ni anak yang degil ke, eloklah mintak maaf. Kot tak dapat jumpa dengan member yang kite rase nak mintak maaf tu? SMS, Viber, Whatsapp, Call pun boleh lagi. Yang dipinta maaf pun, jangan la tak maafkan pulak, tak elok :) Bile dah saling memafkan barulah ikatan berkekalan abadi, cewahh.

( korus )
Dalam kita bergembira
Pasti ada yang berduka


Raye raye jugak, tapi ingat jugak la sedare islam kite kat Rohingya tu, kena tindas, kene bunuh, sama jugak dengan Palestin, Yahudi rampas negara daulat diorang, tembak bom sana sini, jugak negeri di bawah pimpinan kerajaan basyar al assad. Semua sama je, semua mangsa tindasan kuasa yang membenci umat islam. Kite ni umat islam kan? Memang tak mampu nak angkat bazooka gi bunuh diorang, nak angkat lastik pun kita tak mampu, macam kanak kanak kat palestin tu, tapi kite still boleh berdoa untuk diorang sekurang kurangnya. Doa senjata mukmin, ingat tu. :)

Enak menjamu selera
Jangan lupa yang tiada

Ketupat, rendang, lodeh, kuih muih pelbagai rasa dan rupa kita boleh makan, tapi jangan lupa pada yang dah meninggal dunia. Sedekahkan alfatihah pun dah cukup, kalau ade sedare mare, adik beradik, sahabat handai yang dah pergi ke rahmatullah, ziarah la kubur, bersihkan, siramkan, doakan, kalau tak mampu, senang je, niatkan alfatihah untuk semua umat islam yang telah meninggal dunia, habis citer :)

Selamat berhari raya
Walau di mana kau berada

Yang belajar kat oversea ke, undersea ke, duduk kat ceruk mane dalam dunia sekalipun, selamat berhari raya, 1syawal disambut serentak seluruh dunia :)

Suka-duka silih berganti
Apa pun dugaan
Tabahlah menghadapi

Kalau ade yang dapat berita sedih nak dekat raye ni, tabah lah. Kalau baca newspaper, orang eksiden malam raya, rumah terbakar panggil bomba pagi raya, kawan kena bunuh waktu sahur, macam macam. Tu semua dugaan, sabar, kerna sabar itu separuh dari iman :) La tahzan.

( ulang dari mula hingga akhir )
Err, sukati korang laa.

7 ulasan:

Chuu Muqhlis berkata...

erkk.. tak pernah pulak terfikir nak buat translation dari lagu macam ni, wafiy majuuuu =P

tp kan, selalunya kalau ramadhan mesti byk peristiwa yg mnyayat hati, tgk la tiap2 tahu. kalau perasan la..

Cikgu Ma berkata...

salam aidilfitri...tersentuh baca entry ni..kita suka2 je beraya kt cni...mcm mn tempat org..yg kena tindas...

http://qurratulain-pagaremas.blogspot.com/2012/08/ce-citerr.html

Uncle Jonni berkata...

ziarah raya..

salam lebaran tuan rumah....

wafiy suzly berkata...

maju la maju, haha. ehm tol tu, bukan time ramadhan je, setiap mase kan.

wafiy suzly berkata...

mohon insaf sesame, isk3

wafiy suzly berkata...

mekasih uncle sudi singgah ke teratak ni, hihi

kay_are berkata...

terjemahan dari lagu raye tu.. kreatif! raye dah lepas.. ko dah wish aku, aku dah wish ko.. so kosong2 je ye..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...