Halaman

apesal

Followers

Ahad, 25 Ogos 2013

Cara ringkas solat jenazah



Cara ringkas untuk solat jenazah. Belajar lah wahai lelaki. Apakah kau tak malu apabila tak pandai nak solat jenazah untuk ahli keluarga lebih-lebih lagi untuk mak atau ayah bila meninggal. Itu sahaja lah penghormatan terakhir buat insan yang membesarkan dan menjaga kita.

Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Jenazah :

1. Angkat Takbir "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
++ Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
++ Jadi makmum? tambah "sebagai makmum kerana Allah Taala"
++ Baca Alfatihah hingga akhir

2. Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar"
++ Baca : Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad
++ Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir

3. Angkat Takbir Ketiga "Allahuakabar"
++ Baca doa (pendek pun takpa, panjang lagi bagus) contoh dibawah ni :
++ Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
++ Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
++ Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat.

4. Angkat Takbir Ke Empat "Allahuakbar"
++ "Assalamualaikum warahmatullah " Beri Salam kanan n kiri
++ Selesai

Jika jadi makmum, ikutlah di belakang imam, berdiri rapat rapat. dan ikutlah jugalah rukun di atas. Cukup rukun makalah sah lah solat tersebut. Semoga ia jadi penghormatan terbaik buat jenazah.

copy paste from facebook. Semoga bermanfaat.

2 ulasan:

Chuu Muqhlis berkata...

secara jujurnye aku x ingt mcm mana nk solat jenazah ni walaupun dulu dah penah belajar TT__TT kena ulang kaji balik nih

kay_are berkata...

thanks share.. aku pun ingat ingat lupe care nak solat jenazah ni..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...