Halaman

apesal

Followers

Isnin, 19 Ogos 2013

maksud R4BIA


Sejak beberapa hari yang lepas, aku nampak ramai user facebook, twitter, tukar DP diorang jadi macam kat atas ni. Dan ini mengingatkan aku pada solidariti.

What is solidarity? Solidariti tu maksudnya kita cakna terhadap isu yang berlaku di Mesir dan menunjukkan kepedulian kita pada keadaan yang menimpa saudara islam kita kat sana. Senang kata, jaga tepi kain diorang la. Jaga tepi kain yang ni dituntut. Wajib!

Ape maksud R4BIA?

1. Dalam bahasa Arab, Rabi'ah/arba'ah bermaksud Empat. Rab'ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.

2. Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstrasi Pro Mursi di Rabi'ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi'ah. 

3. Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan mulai Sabtu (17 Ogos 2013) setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta.

4. Tujuan avatar simbol #R4BIA dipakai oleh penyokong Morsi di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan menimbulkan kesedaran orang ramai supaya lebih cakna mengenai krisis di Mesir sekarang ini.


Mari doakan semoga pengikut Ikhwanul Muslimin semuanya selamat. Semoga Dr Morsi yang ditangkap tentera selamat dan kelak diserahkan kembali kepada jawatannya. Semoga pihak pemerintahan tentera yang zalim tu dikenakan balasan Allah SWT.

Gila ke apa tembak masjid, tembak hospital, bakar, nilai kemanusiaan apekah ini? Dah la rakyat sendiri!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...