Halaman

apesal

Followers

Isnin, 22 Ogos 2011

Ekspedisi laut: Menangkap habuan sahur

Hey dude, kenapa kau comel sangat?

Salam sekali lagi. Hari ini dua entri. Ada kemajuan untuk rajin semula? Haha. Hari ni, aku nak berkongsi tentang ekspedisi aku sewaktu menangkap ikan (bare hand) dalam laut. Percaya tak?

Tapi sebelum tu.. Aku nak bagitahu satu benda. Aku sangat sangat berharap bahawa bakal isteri aku nanti, seorang yang pandai masak ikan pelaling masak sambal! Macam gambar bawah ni. Tapi yang ni nampak tak best macam mak aku punya, hehe. Dia mesti tahu resepi yang mak aku buat, kalau tak, tak nak makan. Haha. Merepek la kau Wafiy.


Ini lah menu sahur aku pagi ni. Hehe. Ni gambar google je oke, mak aku punya lagi sedap. (promote). Disebabkan ikan ni, aku tambah tiga kali, haha. Okay cukup. Tadi cakap nak cerita pasal ekspidisi laut kan? Ekspedisi tangkap ikan pelaling, pakai tangan. Sambil skuba je. Mesti tak caya kan? :P Sebelum tu layan gambar di bawah dulu.

Yang belakang sekali tu aku
Smart kan gambar ni? Let me introduce, yang kiri sekali tu nama dia Amin, perempuan dua orang tu kakak beliau, yang paling kanan tu Adib. Kami menyelam semata-mata nak tangkap ikan pelaling, nak beli, ikan dah mahal sekarang, jadi baik tangkap sendiri je. Betul? 

Nak tangkap ikan pakai bare hand je, sebenarnye memang susah. Dah la badan ikan tu licin, dengan angkut tong oksigen lagi, jadi pergerakan kami terbatas. Mujurlah ada batu batu kecik dalam laut tu, kami baling ikan ikan tu dengan batu, kena kepala beliau, maka matilah ia. Kami kutip je, haha. Kuasa tujahan kami terlampau kuat, sebab tu walaupun dari segi sains nya batu dan badan kita less dense than water (tu diaa) tapi batu tu tetap kena pada ikan tu. Kira kami dah TER langgar hukum fizik la. Sila percaya.

Banyak hasil tangkapan yang kami dapat masa ni, Berpuluh-puluh ekor jugak la.. Bila bagi bagi, dapat la sorang sepuluh belas ekor. Hepi sangat, tapi sori lah dapat satu je gambar, sebab lepas tu kamera kalis air Adib tu masuk air, walupun kalis, tuhan lebih berkuasa. Kalau dia takdirkan kamera tu jahanam, maka jahanam lah ia. Jangan kecewa sangat ok. :D

pesan abi: cerita di atas hanyalah rekaan semata-mata :D

2 ulasan:

Ismi Farizul Ikhmal berkata...

Seyes ah mu gi diving?
Best giler!!!

wafiy suzly berkata...

ecoll, ko mesti baca tak habis kan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...