Halaman

apesal

Followers

Selasa, 15 Mei 2012

DP berwarna coklat, apekah?

Assalamualaikum. Cantik jugak kan tengok profil picture facebook warna coklat bagai ni. Haha. Selepas kajian demi kajian dilaksanakan, maka result yang aku dapat ialah, ia merupakan salah satu cara support hunger strike palestinian yang ditahan oleh Israel sebab rules terlampau ketat. Rules lawatan ahli keluarga kalau tak silap. Notify me kalau silap.

Kesian ade yang tak makan 70 hari sampai. Yang lain lain tu bukan sikit sikit orang puasa tak makan ni, terus ratusan yang lain ikut serta sahabat sahabat mereka ni buat mogok lapar. Siap ade yang turun 30 kg, yang ade gigi habis luruh gigi, luka sana luka sini, dari badan sihat jadi kurus kering.

Ni hasil bacaan dalam facebook je. Semalam dengar radio dalam kereta sebut pasal isu hunger strike ni, tapi baru tau tengah hari tadi ade DP yang meriah ni, haha. Yang jadi tak best nya, semua pakat pakat tukar DP. Cemerlau la fb tu dengan warna coklat terang..

Sebenarnya, adakah korang tukar DP tu, korang betul betul nak support? ape yang aku nampak la, those people change their DP to chocolate just for style. Pulak dah. Kenapa aku cakap gitu? Dah macam macam ade, upin ipin coklat ade, domo kun coklat ade, one piece coklat, naruto coklat pun ade, dragon ball pun tak terkecuali? kalau nak sebut lagi, memang banyak, batman coklat, hello kitty coklat. =='



Muhamad Syazwan



Sebenarnya, nak style ke nak support? Tang mana yang support tu? Kalau betul nak support, cuba ambik contoh ni. Kita banyak guna barang yahudi kan. KFC, McD, facebook. Cuba kita stop guna produk yahudi tu, mampu? Tu baru namanye sokong, ye tak? Susah kan nak buat.. Even aku yang sebut ni pun tak mampu elak daily life aku dari usik facebook.

Tapi takla semua tukar DP tu just for fun kan. Dengar berita, Israel akur dengan tindakan user facebook turn to chocolate tu dan janji nak buat something. Taktau kesahihannya, tapi kalau beul, ok la kan.. Alhamdulillah ade jugak fungsi tukar DP ye tak? Walaupun ade yang kutuk2.

p/s: takpe ke buat hunger strike? kan menyakiti diri sendiri. Allah tak suka kan?

4 ulasan:

Muhammad Naim Abdullah berkata...

salam

betul tu abi, kekadang menyeksa badan allah x suka. Lebih baik kita berpuasa.

Kepada rakyat Palestina, hanya doa yg kami mampu bagi. :(

Perihal boikot cam hangat2 tahi ayam ja.:(

kay_are berkata...

DP tu ape? facebook tukar kaler coklat? boleh ke? bile?? nape aku taktau ape2 pun pasal ni?? @.@

wafiy suzly berkata...

boikot ke style? haha pilih satu

wafiy suzly berkata...

kr, hang bape taun tak bukak akaun fb? haha, ni berita dunia ni tau? Dp tu diplay picture

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...