Halaman

apesal

Followers

Selasa, 8 Mei 2012

Kemalangan bukan semuanya berbau

Salam. Hari Jumaat lepas, aku satu family accident kat Kuantan. haha. Flat gila nada tulisan aku ni. Nak cepat tido, dari tadi malas tulis, dah nak tido baru ade mood nak tulis..

Sampai sekarang aku teringat ingat lagi kejadian pukul 6-7 petang tu. huhu. seriau je bila nampak mamat tu kena hentam depan depan macam tu. Actually, bukan ayah aku yang salah (ayah aku bawak kereta) sebab die yang masuk lorong orang tiba tiba. Die nak masuk simpang, tapi cara die salah, memang kena lah. Dah la helmet tak cukup piawai (boleh plak terbelah dua), side mirror belah kanan takde pulak tu, helmet tak ikat.. Tambah tambah orang cakap dekat simpang tu memang selalu orang accident. Aku angguk angguk je.

Ade la due tiga orang pakcik ni ingat aku yang bawak kereta, soal siasat aku macam macam. Haha. Tua sangatkah muka aku? =.=' Abaikan, tu tak penting. Haha. Orang yang kena langgar tu, taktau la ape cer, takde la plak gambar die nak kongsi dalam blog, kalau tak mesti korang pun ngeri tengok woo.. Mase aku keluar kereta tu, aku ingat otak die dah terburai ke ape, luka kat kepala banyak, tersagat atas jalan agaknye, kulit kepala koyak koyak.

Tapi lepas ayah aku cuit sekali due, die sedar, terus nak bangun. Pehh mamat ni hidup lagi, degil pulak tu orang suruh duduk die nak bangun. Aku nak ambik gambar rasa kejam pulak. Huhu. Kesian tapi apakan daya. Malang boleh datang bila bila mase je, bukan kita boleh hidu sentiasa malapetaka tu nak datang..

motor ni jahanam terus aku rase.. semua barai


langgar lembu?


Teruk tak teruk kete ni? Haha. Aku masukkan kat facebook orang kata langgar lembu la, apa la, tak beragak langgar motor kemek macam tu la, tapi hakikatnya memang la langgar motor je.. Haha. Jalan tu memang orang speed pon, tiba tiba hentam benda, memang macam ni kot hasilnya. Baru kena langgar dengan kereta, kalau kena langgar dengan lori? Arwah teruss.


Nasihat untuk penunggang, pembonceng dan diri sendiri:

Pakai helmet, ikat.
Ada signal, guna.
Ada side mirror, pasang. Tapi bukan semata mata pasang je, pakai!


p/s: setakat ni takde berita dari keluarga mangsa yang kena langgar, kalau meninggal, mesti dah tahu dah tu, alhamdulillah la hidup.. :)



3 ulasan:

Muhammad Naim Abdullah berkata...

bro

keadaan family ok ka?

hope selamat2 semua.

kay_are berkata...

aku bace pun dah ngeri.. leh tahan teruk gak kemek kete tu ye.. motor tu memang tak selamat r..

Shila berkata...

mujur jiwa semua slmt...


seram..!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...