muzik itu haram.. bertaubatlah demi Allah! |
Aku terfikir fikir, kenapa pulak muzik tu haram? Bukan nyanyi benda buruk pun Maher Zain tu, nyanyi lagu ketuhanan je kot. Lagu videoklip baru ni pulak pasal mak, mama, ibu, mummy, umi dan yang sewaktu dengannya je. Sebelum tu, selamat hari ibu saya ucapkan kepada ibu saya yang kini berada di tempat kerja <--- menyimpang =.='
Lepas tu, aku pun cari cari dekat internet, jumpa lah satu sumber ni yang boleh dipercayaai. Sebab aku rasa aku dah notice dah yang muzik ni memang TAK HARAM, tapi nak meningkatkan memori punya pasal, cari lagi. Yela kan, manusia mudah lupa.
Apa yang aku dapat dari sumber tu, hukum muzik dalam islam bergantung kepada keadaan muzik tu dimainkan.
HUJJATUL ISLAM IMAM AL-GHAZALI
Menurut Imam Al-Ghazali, tidak ada keterangan yang jelas dari sunnah Nabi SAW yang melarang penggunaan alat muzik. Menurutnya, setiap instrumen muzik yang mempunyai bunyi yang baik tidak dilarang, malah ianya tidak lebih dari kemerduaan suara burung.
Seni muzik yang dilarang kepada umat Islam ialah sekiranya ia bersekongkol di dalam keadaan yang bercampur dengan kumpulan peminum arak, penzina dan lain-lain perbuatan dosa.
(Hj. Abd. Ghani Samsudin, Ishak Hj. Sulaiman, Dr. Engku Ismail Ibrahim, "Seni Dalam Islam", Intel Multimedia & Publication, P.J, 2001, hal. 34-39.)
Ada hadis yang mengharamkan alat muzik, ulamak kata tu bukan hadis sahih. Bagi aku la, boleh aje kita nak main muzik, tapi biarlah berpada pada. Jangan main lanyak je, tengok tengok terlepas waktu solat, kan ke lalai tu? Jatuhlah haram ye tak? Notify me kalau silap..
Kalau kita guna muzik untuk nasyid, patriotik, takkan jatuh haram kott.?
Ada satu entri ni, dari sumber lain.. Jugak ada cakap pasal muzik. Pasal lagu yang kita nyanyi tu, tak semuanya boleh dinyanyikan ikut sedap tekak aje, nak baca? Baca sini mehh.
6 ulasan:
HEHE
khilaf benda ini..
bak kata Ustad Azhar, jangan sampai jadi najis. hehe
Jangan kita memandang pada muzik semata2. kita ushar lirik sama kot2 ada puja setan@ dewa@ mahkhuk .
Wallahualam, kalau nak tau lagi gi cari ustad.. ;D
baru tanye kat cik hemo, muncul ko betul2.. lol
aku rase muzik selagi tak melalaikan, boleh je kot.. cume part lirik tu aku agak setuju gak r.. tambah2 lagu barat.. lirik memang r takleh nak nyanyi.. terlalu menyimpang..
how about yuna and najwa letip?
haa betul tu naim..
kr, aku igt kat ko, laju je smgt nak tulis blik. haha takdela, memang aku nak muncul pun, kebetulan ko tnye an..
miss no right, haa, wanita jelaslah hukumnya haram. haha. kalau jadi penyanyi la, tu kan aurat suara tuu, minat sendiri, takpe kot..
Catat Ulasan