Assalamualaikum. Sesungguhnya tidak larilah seseorang itu dari ditimpa ujian yang sesuai baginya. Begitu juga aku. Family aku.
Semalam, ibubapa aku terlibat dalam kemalangan jalan raya. Syukurnya, cuma mak aku je ade luka kat lutut. Bengkak lagi. Yang lain lain cuma sakit dalaman je. Sebab terhentak kat jalan. Puncanya, parent aku dalam perjalanan KL - Rompin, jam 12 tengah malam. Tak semena mena, due ekor anjing melintas jalan yang parent aku lalu tu. Adat bawak superbike, memang tak bawak 40 km sejam kan. Makanya, motor terbabas langgar anjing tu, sekor mati (berdasarkan apa yang diceritakan ayah aku) dan jugak, nampak tak betapa straight to the point nye entry ni =='
Lepas je perlanggaran tu, mak dengan ayah aku tercampak dan berguling guling atas jalan, motor pulak terseret jugak sekali atas jalan. Jalan gelap, tengah malam pulak tu, kereta laju laju. Syukur tuhan, ayah aku masih ade tenaga untuk bangun dan angkat mak aku ketepi sebelum ade kenderaan lain sapu. Aku rase la ayah aku angkat mak aku sebab mak aku kate die takleh gerak. Mase aku gi klinik pun mak aku takleh berdiri langsung. Aku fikir logik la macam Shinichi Kudo. <--sila abai..
Nasib baik jugak adat orang naik superbike pakai kasut, jaket keselamatan. Jadi, luka tak banyak, kalau tak pakai, mesti lagi teruk. Jam 12.30 malam, aku dapat panggilan dari ayah aku suruh pegi hospital, bawak kain. Mase tu aku dah fikir satu je. Accident. Sebelum tu lagi aku dah fikir bukan bukan sebab lambat sangat balik. Bila sampai, nasib baik la takde kecederaan parah dan serius. Syukur sangat cuma tuhan je yang tahu.
3 ulasan:
alhamdulillah..
romantiknya naik superbike berdua..
alhamdulillah..semua selamat :)
aku ingat ko gune term hiperbola.. sekali superbike betul! memang jiwa muda ayah ko ni.. ayah aku honda wave je.. huu bagus r takde pape yang serius.. =)
Catat Ulasan