Halaman

apesal

Followers

Khamis, 19 Julai 2012

Budak kecik tangkap cintan dengan aku?

Haha. Kenapa? Tak percayee ke? Kejadian ni berlaku petang tadi masa aku buat medical check up kat sebuah klinik untuk further study. Tapi sebelum tu ingin aku selitkan sikit kejadian yang berlaku hari ni sepanjang hidup aku.. Macam korang nak tahu ye tak? :D

Pagi jam 9 gitu lepas sarapan kat kedai kawan ayah aku, aku satu famili kecuali adik adik aku pergi menguruskan hal aku yang nak further dalam bulan 9 nanti. Banyak nak kena buat, bukak akaun bank islam, beli no pin ptptn, sekali dengan medical checkup.

Lepas jer beli no pin ptptn kat BSN, terus pergi bank islam pulak untuk bukak akaun. Nasib lah dekat jer, so takde masalah kat situ. Hehe, belum lagi ada sebenarnya.. Macam bese bila kita masuk je dalam bank, kalau nak buat akaun, first thing akauntan bagi adalah borang, lepas tu instruction kat mane nak isi, kat mane nak sain..kan? Kat situ la satu masalah berlaku.

Adik isi nama kat sini, sain kat belakang ni, kad yang ni pun same gak, lepas tu lengkapkan form ni k?

-__-

Berbekalkan instruction gitu gitu abang akauntan tu, aku pun isi la borang tu, nak tanye segan kan, ego lebih. puii. Bila dah name pun tak faham instruction, mesti ar ade ruangan tertinggal kosong kan. Siap ade salah tempat sain lagi, aku ter-sain kat tempat yang tak sepatutnya pun, buat malu je. Nasib la bank islam tak ramai customer macam maybank. So, aku buat cool je kat situ.

Masalah kedua pulak timbul bila mykad tak boleh nak read. Pulak dah. Tak pernah pun aku guna ganas ganas kad ni. Siap sampul cantik lagi. Since darjah 6 aku buat, tak pernah bengkok,calar sikit pun. Die kata cip rosak. Ok fine. Maksudnye aku takleh nak masuk Uni ke ni? Tercuak sekejap. Haha.

Orang bank islam tu suruh pegi buat IC sementara dan bawak surat tawaran dari Uni sekali. Dah jadi satu hal nak gi buat IC pulak. Ayah aku dah bebel bebel dah IC takde kualiti la ape la, haha. Yelah, die rajin hari ni tolong teman aku, alih alih banyak masalah pulak. Kalau aku pergi sorang lagi tak ter-handle ni.

Pastu, nasib baik la sempat sampai awal kat JPN mase tu. Kalau tak, makin lame la tunggu. Rambut dah la panjang. Aku dah jangka gambar kat mykad baru nanti akan nampak sakai. ==' Biarkan..

So, lepas siap semua proses buat IC sementara, pergi balik ke bank islam. Tak lama pun, dalam 40 minit gitu tinggalkan bank. Masalah ketiga muncul bila aku tercegat kat depan kaunter..

Ha, ni IC sementara, surat tawaran, borang lengkap yang tadi tu..

Dik, server down la, tadi ok, sekarang tak pulak, adik datang petang sikit ek?


-__-

Sampai hati akauntan tu memperkotak katikkan aku? Cakap la awal awal sebelum aku cakap pasal borang kejadah tu semua, lama kot aku tercegat depan muka dieorang mase sibuk nak keluarkan borang, IC, surat tawaran tu. Dah termalu lagi kali kedua. Server down pulak tu, sabar je laa.

Tak jadi buat IC, nak buat medical check up. Ramai la pulak pagi pagi ni. Biasa kalau klinik ni, memang dari pagi sampai ke petang ramai ni. Klinik yang dimaksudkan adalah klinik kawan bapak aku jugak. See? Ayah aku ramai kawan pelbagai profesion. Huahahah. Macam la ayah aku sorang kan? ==' 

So, decide pergi petang aje, pegi sendiri la nanti. Ape yang terjadi petang tu? Sama sama kita nantikan entri aku yang seterusnya, haha. Ni dah berjela karang korang tak nak bace, penat jer aku taip.. babai. Cakap tadi nak selitkan, ni dah terjadi entri personal uplak. *eh.


6 ulasan:

kay_are berkata...

lawak2.. time2 tu gak nak server down kan.. sabar je r.. akauntan saje nak kaco ko r kot.. ko kan hot stuff bro =P

Muhammad Naim Abdullah berkata...

pernah terjadi dekat aku dulu.. :P

missha berkata...

errr...aku tak buat apa2 pun lg..haha

wafiy suzly berkata...

kr, nasib bek dah masuk bulan pose, segera aku mahapkan beliau sumer

wafiy suzly berkata...

sabo je la naim..

wafiy suzly berkata...

missha pemalas. tau..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...