Halaman

apesal

Followers

Ahad, 8 Julai 2012

Kaya tapi sederhana (pemilik bank islam terbesar dunia)

Pemilik bank islam terbesar dunia, Al Rajhi bank mempunyai aset kekayaan sebanyak RM 24.56 billion (AS$7.7 billion). Nama beliau ni Sulaiman Al Rajhi.  Moh tengok gambar satt.






Dia memilih untuk hidup sederhana dengan tujuan die nak cari ketenangan diri. Harta die semua die dah bagi sama rata kat anak anak die dan jugak projek wakaf, SAAR Foundation dan urusan tu semua die selesaikan semasa die still lagi hidup dekat atas dunia ni. Jarang dengar wasiat yang macam gini kan?




Sulaiman ni juak seorang yang tak suka membazir. Contohnye, die tak pakai langsir tebal dan lampu sebab Die kate Allah SWT dah beri cahaya pada waktu siang secara percuma. Lagi, die jugak bayar duit tiket kapal terbang yang die naiki walaupun die ade saham dengan syarikat penerbangan tu. Beliau jugak, bersikap rendah diri dengan memilih untuk naik pesawat kelas ekonomi sahaje.

Prinsip Sulaiman adelah menepati waktu sebab beliau pernah lewat menghadiri mesyuarat dengan seorang pegawai syarikat terkemuka Eropah. pastu orang tu taknak jumpa beliau dahh. Kira pengajaran la buat beliau.

Sulaiman adalah umat islam yang berpegang teguh pada prinsip islam. Ade satu ketika, mase beliau berada dalam satu majlis, beliau telah keluar sebab ade program hiburan yang menyalahi syariat. Menteri bertanggungjawab telah membatalkan program hiburan tu untuk membolehkan Sulaiman berada di dalam majlis.

Sulaiman seorang yang sabar dengan dugaan yang beliau hadapi dan jugak menjaga kata kata. Kilangnya terbakar, Sulaiman cuma sebut alhamdulillah saje. :) Bagi Sulaiman semuanya adalah milik Allah dan kita cuma pemegang amanah di atas muka bumi ni.

Hebat tak hebat sorang tokoh islam ni.. Walaupun kaya, die tak berlagak, tak sombong, rendah diri. Suka betul aku baca artikel ni. Semoga kite dapat jadikan ini sebagai sumber inspirasi kita dalam mencari jannah. InsyaAllah.

Berita lebih saintifik kat sini, yang atas ni huraian secara ringkas aku je. :)

4 ulasan:

kay_are berkata...

memang kagum.. mungkin sebab tu r rezeki die makin bertambah kan.. bagus macam ni, kaya tapi merendah diri.. bukan senang tu..

Muhammad Naim Abdullah berkata...

Alhamduillah..

Islam perlukan mereka ini. untk menjana kekuatan ummah.

missha berkata...

kagum..btw.. rajin buat ulasan. :) hehe..bgus, snang nak pham ^^

hamba berkata...

Salam...bila kita temui jalan kearahnya harta didunia tiada nilainya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...