Kalau bulan Ramadhan, mase kecik dulu, ape yang aku suka adelah terawih. Suka la nak pegi masjid, jumpa ramai kawan, main dengan kawan, kejar kejar, main mercun.. Tu je la yang suka nya mase kecik tu. Nak terawih kemain liat. Datang dengan objektif yang satu, main.
Lepas tu orang moreh, kite pun join mentekedarah sekali. Bukan takat menjamah, kalau ade sedulang karipap tu, sedulang tu jugak la nak kebas. Penuh kuih kat tangan, melantak punya pasal. Balik kekenyangan gitu jer :D Time kasih para penderma, mudah mudahan dapat berkat yek.
Bila dah cukup 8 rakaat, perkara yang paling simple dalam fikiran, pegi join moreh, balik umah. Haha. Kalau ayah borak dengan member die, mula la dalam hati ni kate macam macam, ee ayah ni time ni la nak borak, lambat la, nak balik tengok tv, kang dah kena tido, huahuahua
Bangun sahur pulak paling malas sekali. Asal bangun je bersungut, merengek, tu bese la, sape suruh kacau orang tido. Haha. Kesian mak aku. Lauk lauk yang ade atas meja tu tenung je, makan tak pun. Jamah je.. Dalam otak fikir nak tido je. Lepas dah segar sikit baru la semangat nak minum, nak makan, tapi waktu sahur dah habis :D Pastu esok buat muka penat tahap gile punye. Cilake sungguh perangai time tu.
Aku teringat lagi, mase berlatih puasa, umur 3-4 tahun kot. Ke 5-6? Ahh lantak la. Mase tu aku duduk kat kampung, time tu kan puase dalam bulan 11-12 gitu kan, So, cuti cuti best la nak duduk kampung. Time tengah main dengan sepupu aku kat belakang rumah tok, terjumpa pulak pisang setandan. Kuning kuning pulak tu.
Aku dengan sepupu aku pun ape lagi, ambik la sebijik dua, tak cukup, ambik lagi, dan lagi, sampai la pisang setandan tu tinggal 5-6 bijik, tu pun yang dah buruk buruk sikit. haha. Kami diam je time tu. Takde orang pun marah, pelik betul. Atuk tak perasan ke pisang tu hilang banyak gila? Haha. Konon puasa, padahal dah melahap pisang.
Ade lagi satu time darjah baper tah. Mase tu pegi lepak rumah kawan. Main game, bace komik, tengok dvd. Parent die pulak pegi kejer.. Mase tu cantik je ade keropok potato chip kat ruang tamu. Tak lapar pun mase tu, tapi dek kerana nafsu nak makan tu ade..
Kau makan dulu
Kau makan baru aku makan
Ok, kite makan same2, satu, dua..
Setelah adegan kat atas ni berulang ulang disebut, akhirnya potato chip tu selamat semuanya dalam perut kitorang. Haha. Balik rumah menyesal je. Konon la. Tapi tu semua citer mase kecik. Kalau buat sekarang ni, memang kena pelangkung la. Sekarang aku budak baik. haha. Perasan
#malam first terawih dah nampak budak main mercun, advance betul. Mane korang beli? Abang nak beli jugak bila dah last last puase nanti :P
10 ulasan:
haha. part moreh tu la yang nak ditunggu. betul. aku pon camtu. haha
tp pg td member aku up status mcm nie kat fb:
dia study kat jordan:
Masa nk tunggu terawih lps Isyak td ada dua org bdk arab dlm 5-6thn dok tepi ayah dia. ayah dia bgn utk solat sunat ba'da isyak lalu anak dia tnya "Raak'atain?", ayah dia angguk dan terus dua2 org budak tu bgn utk solat sunat.
Kalau kt M'sia bdk 5-6 thn ni tgh lumba lari kt blakang la.
huih. aku sentap! sekarang pon tak terbuat.
Selamat berpuasa abi..
p/s: stok mercun ada x?
baik ngaku je yg tadi pun pisang atuk kau ada ilang..haha
selamat berpuasa :)
hansyirah, bukan kau je sentap, aku yang bace ni pun terkedu due saat. due saat jer la, haha realiti masjid kat malaysia, budak2 kena halau gi belakang sebb main main, smayang nye idok pungg..
naim, bese time2 dah beso panjang cmni, time raya la baru dpt usik, hahaha. nak beli dah tak padan umo dah rase ni
missha, aku kat umah jer tdi, manede kat umah atuk, hohohoho
Hahaha dulu2 kita pi tarawih pun sbb nak main dgan kawan xD
3-4 blaja pose? hebat.. aku time tu pose tu ape pun tak tau lagi.. =P aku tak pernah makan moreh weh.. ape dorang hidang pun aku taktau
dalila, ikut smyg tak? hehe
blajo je, dengar azan zohor, aku buka la, haha
Catat Ulasan