Sejak aku kecik sampai la ke besar, aku tak pernah rasa duduk dekat bandar. Dan kehidupan kat kampung atau luar bandar ni memberi banyak keselesaan buat aku dan family walaupun tak semua kemudahan tu ada kat tempat kami tinggal sekarang. Kadang kadang tu timbul jugak la perasaan tak bersyukur sebab takde wayang la, takde mall nak jalan jalan la.
Pernah dulu, aku satu family bercuti cuti kat melaka, time tu aku 18 taun. Aku cakap dalam hati, bestnye kalau dapat belajar kat sini. Dekat dengan bandar, boleh keluar suka suki, nak enjoy. Poyo la. Hahah. Tengok tengok, betul aku dapat study dekat melaka. Cakap cakap kosong, angan angan kosong aku dah dimakbulkan tuhan..
Semalam, aku pergi lagi sekali ke melaka, beli sikit barang persediaan bulan puasa dan jugak persediaan untuk syawal nanti. So, takdelah nanti dah nak masuk syawal bersesak sesak kat mall. Baik gi terawih ye tak? Haha. Mintak mintak la tahun ni terawih aku full. Eh, tercerita pasal terawih pulak.
Mase kat melaka tu, sempat la nampak kampus bandar Utem, jalan nak masuk ke kampus induk, lagi, jumpa kesesakan jalan, biasa lah kan? Bandar, Melaka kot. Tumpuan pelancong, takkan la sunyi jer. krik krik krik. Mase tu aku dah rasa macam.. demm. siyes la aku kena belajar kat sini, hadapi keadaan macam ni 3-4 tahun? T^T
Belum pergi lagi masuk Utem aku dah rindu nak duduk rumah. haha. Duduk rumah best. tak sesak macam kat melaka. Macam macam lagi lah yang beza nye. Bila fikir balik pasal ni, ohhh. Susah tol nak lelap mata. Aku fikir, tapi tak tau nak buat ape. Nape la tak dapat Ump ek, kan dekat ngan rumah <-- statement tak reti syukur.
Tu la dulu mintak sangat nak duk bandar, dah dapat menyesal pulak. Hati manusia ni macam macam la, hahah. Sepatutnya aku syukur sebab dalam 60 ribu yang memohon, 30 ribu je dapat tempat ke universiti. yang tak dapat tu kena lalui proses rayuan, kan susah tu. Kawan aku pun ade sorang tak dapat. Kesian die. Harap lepas ni die dapat masuk U lah yek. InsyaAllah.
Tapi aku rase lega jugak dapat Utem sebab roommate mase kat kolej dulu pun dapat Utem, tapi automotif ar, lebih kritikal dari kursus aku. Ade kawan sekolej jugak, dapat kursus yang sebijik same ngan aku, so takde la rase kekok kot awal awal masuk U nanti? ade geng. Heheh. Plus, boleh fix jadual dengan die.. entah lah, mungkin sebab aku fikir aku tak suka kehidupan bandar kot. :)
nota: still lega sebab tak mintak UMS or UniMAS
5 ulasan:
nasib bukan PoliMAS, kalau x jumpa aku lah.haha
good luck abi. do the best~ :D
Hua hua hua... Belajar elok elok. Nanti ada masa kita gie makan asam pedas claypot koh koh koh XD
dimane pun tempat ko blaja, blaja betul2 bro.. tahniah dan good luck!
science computer aku rase mesti related ngan c++, programming nye.. aku rase camtu..
kenape tak mintak UMS atau UNIMAS?
okay je kan kalau duduk jauh2 ngan family..
bile lagii~ XD
Even kau tak suka, maybe ada something yg kau bleh blaja bila di luar drpd kehidupan biasa kau. Yg penting, jgn lupa asal usul okeyy! Insyaalah berjaya. Good luck ya! :D
Catat Ulasan