Halaman

apesal

Followers

Jumaat, 6 Julai 2012

The mystery of the missing day

Tahu tak korang bahawa dunia kita pernah kehilangan 11 hari? Caye tak? Hal ini tidak berlaku dalam kehidupan umat islam kerana kalendar islam adalah tepat dan sejajar dengan kehidupan umat islam itu sendiri. Kes kehilangan 11 hari di dunia ni berkait rapat dengan penggunaan kalendar Gregorian yang kita guna pakai dalam kehidupan seharian kita.

Sebelum tu, aku akan cerita serba sedikit based on ape yang aku faham dalam artikel yang aku baca tu.

Amaran: Asalnye ni artikel berat, tetapi telah diringan ringankan oleh tuan blog atas dasar taknak memeningkan kepala beliau. Sebarang kekonfiusan kepale hotak adelah di bawah tanggungan diri sendiri. Macihh.

Pada 2 September 1752, satu perkara ganjil telah berlaku dalam sejarah manusia di mana tarikh 3 September hingga 13 September tiba tiba 'hilang' dan tidak lagi wujud dalam sistem kalendar yang kita guna sekarang.

Bila semua orang bangun dari tidur pada keesokkannya, tarikh yang sepatutnya bertarikh 3 September telah menjadi 14 September. Lompat sebelas hari dari hari hari sepatutnya. Orang orang dekat kepulauan British, yang duduk dekat kampung kampung kecik mengamuk sebab rasa diri diorang diperbodohkan pihak kerajaan. Dan tak kurang jugak ade yang mintak 11 hari diorang dipulangkan, kerana bagi diorang, kerajaan dah pendekkan umur dan jangka hayat hidup diorang. <-- yang ni super bodoh.


Misteri kehilangan 11 hari ni sebenarnya berlaku kerana penukaran penggunaan kalendar Julian kepada Gregorian. Iaitu yang kita dok tatap sehingga ke hari ini la. British adelah antara negara terakhir yang menerima kenyataan bahawa diorang dah gunekan kalendar yang salah atau dengan kata lain, tidak tepat (yang kalendar Julian tu). Kalendar Julian diperkenalkan oleh Julius Caesar pada tahun 45 BC. Caesar menetapkan bahawa pada 25 March, happy new year diorang dan kalendar die jugak mempunyai duration mase sebanyak 365 hari dan 6 jam.

The Nicene Council menggunakan kalendar ni pada 325 AD dan ia berlarutan sehingga 1582 AD

Bila tahun solar mula boleh dikira dengan lebih tepat, ahli astronomi mendapati kalendar Julian dah over, melebihi tahun solar sebanyak 11 minit, atau 24 jam dalam 131 tahun, atau 3 hari dalam masa 300 tahun. Mase tu baru la diorang sedar kalendar Julian ni dah lebih 10 hari antara 325 AD - 1582 AD

please google kalau korang taktau ape tu AD n BC :)

Pope Gregory XIII telah melancarkan kalendar Gregorian pada 1582, apabila seluruh dunia. err, hampir seluruh dunia lompat sepuluh hari pada 5 Oktober.. Kecuali beberapa negara yang still tak dapat terima kenyataan kalendar Julian tu salah. Untuk mengelakkan pisang berbuah dua kali, atau lebih mudah dikatekan kesilapan hari berulang lagi,Gregory kate dalam setiap 400 tahun, hari tambahan tahun lompat mesti ditinggalkan 3 kali. Err, yang ni aku tak berape faham ape artikel orang putih tu merepek, tapi missing day ni dah menyebabkan teori tahun lompat tercipta.

Ok sambung stori mori. Semua negara katolik, dah pakai sistem baru ideologi Gregory ni kecuali England. Ape entah masalah die dengan Churh Rom. Aku pun tak tahu. Haha. Ok serius. Sambung. Diorang tak dapat ikut kalendar sistem baru dan terus ikut kalendar Julian sampai tengah abad ke-18. Sekarang, semua negara kat dunia ni, menggunakan kalendar Gregorian, menyambut tahun baru pada tarikh 1 januari..

Itu je yang aku mampu citer. Kalau nak tau lebih, boleh la buat research sendiri pasal missing days on 1752 ni kat google. Aku rujuk artikel ni ---> The mystery of the missing day  . Ape yang aku taip ni sume based on ape yang aku faham dalam artikel tu. Ade lagi tu, boleh la gi tengok sendiri k. Banyak kot yang aku kurang faham. Oh my english! Haha


hilang sebelas hari

Actually, kalendar ni, korang boleh cek sendiri tapi tidak bagi pengguna windows. Kat linux boleh, kalau kalendar online pun boleh kot. Gambar atas ni aku google je, malas nak cari sendiri tarikh yang hilang tu..

Lagi satu, korang nak cari artikel ni dalam bahasa melayu boleh, cari la, dan jangan berharap sangat korang jumpa jawapan. Semua website dari indonesia, dan ape yang menghampakan, takde penjelasan terperinci dan diorang cuma google translate je ke bahasa indonesia. aptb~

Kira aku yang first ke? hahaha. Perasan. Sekian saje kupasan berita untuk kali ini. Semoga bertemu di lain waktu, <-- ayat takleh blah. assalamualaikum.


nota: tengok kalendar islam, cool je.

4 ulasan:

kay_are berkata...

series!!! aku memang tak pernah tau langsung pasal ni.. memang isu baru ni.. thanx r sebab share.. kire sebab tu yang ade tahun lompat tu? nanti aku cari lagi info2 yang ade.. ape pun nice info ni

missha berkata...

aku pernah terbace.. tak bpe nk faham kot,,haha,, sebab dalam bi, ayat super duper kot.. nk translate , tu bukan online, tapi buku,, jenuh kot kalau nk translate semua. btw, entri ini dah bagi aku pencerahan sikit tentang isu ni :)

mizz apple berkata...

http://www.facebook.com/notes/kelab-pencinta-novel/11-hari-kehilangan-misteri-agatha-christie/120966664629425 neyh ape yg aku jumpa kat FB . ^_^

mizz apple berkata...

neyh ape yg i jumpa kat FB . ^_^ http://www.facebook.com/notes/kelab-pencinta-novel/11-hari-kehilangan-misteri-agatha-christie/120966664629425

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...