Halaman

apesal

Followers

Rabu, 4 Julai 2012

Persoalan agama: boleh ke tidak tidur lepas asar dan subuh?



Assalamualaikum. Tadi aku jumpa satu artikel ni. Taktahu la korang dah tahu ke belum. Sekarang ni aku konfius, adekah tidur lepas subuh dan tidur lepas asar tu memang tak elok dan tidak dibolehkan?

Memang aku ni tak dalam bab bab macam ni, walaupun sekolah aku dulu sekolah integrasi, belajar agama, tapi, setakat ape yang aku tahu mase tu, tidur lepas subuh dengan tidur lepas asar, memang tak digalakkan.

"Tidur lepas asar, nanti gila, baik kau pergi riadah. Cukup 40 hari, gila la kau"

Selalu kat sekolah kena sound macam ni lah. Tidur lepas subuh jarang berlaku sebab pergi sekolah pagi pagi kan. Bangun pun lambat. Memang terkocoh kocoh ar nak bersiap nak gi makan lagi, nak pegi sekolah lagi.. Memang tak la na tidur lepas subuh kan.

Aku jumpa artikel ni. Er, artikel ke ni? Sebab pendek sangat. Dekat facebook:

Hadith yang berbunyi maksudnya: "Tidur selepas subuh (waktu pagi) menghalang rezeki" adalah hadith palsu. Begitu juga hadith larangan tidur lepas asar yang maksudnya berbunyi: "Sesiapa yang tidur selepas Asar lalu hilang akalnya" juga tidak sahih.

Bahkan Imam al-Laith bin Sa'd (wafat 175H) antara imam fiqh dan hadith salaf yang masyhur mengingkari hadith larangan tidur selepas asar, dan beliau sendiri biasa tidur selepas asar apabila memerlukan.

Tiada larangan untuk tidur lepas subuh atau lepas asar yang thabit dari Nabi SAW mahupun para sahabat, begitu juga tiada galakan untuknya. Tidur sama ada selepas subuh atau asar boleh dilakukan mengikut kesesuaian suasana dan keperluan seseorang. ~ Fathi Al-Sakandary ~


Demi untuk mencari kebenarannya, aku cuba la buat research sendiri. Tapi macam yang aku cakap, aku tak deep sangat benda macam ni, cetek ilmu, makanya aku macam konfius, nampak macam betul la tak boleh tidur lepas subuh dan lepas asar, tapi bila baca yang atas ni, macam betul la jugak.. Satu aku jumpa yang kate memang tak sahih, yang ni

So macam mane? Nak percaya mane satu? Aku dengan pantas hantar post dekat page Ustaz Azhar Idrus (Original) tu.




Tidak dijawab oleh Ustaz, tapi dibalas oleh orang lain. Cumanya, die kasi link video. Yang UAI juga la yang jawab. Hehehe. Tak terfikir pulak nak cari video UAI pasal ni kan..


klik untuk tumbesaran

Yang bawah ni pulak videonya. Hukumnya UAI kata makruh. Melainkan berhajat untuk tidur sebab ngantuk sangat. Tengok la jap video ni. Seminit je :)


Sekain saje untuk petang ni, segala persoalan tentang tidur dah pun terjawab. Maknanya betul la hadis tu tak sahih kan.. So, lepas ni boleh la tidur pas asar, hahaha. tidur la jap.
nota: 
taktahu kenapa kalau tidur lepas asar aku mesti pening kepala

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalam. menarik point ko ni :) just nak share sikit, psl tido afte asar. abg ak pun penah try, hmpir 20 hari lebih jugak la. last2 dia giveup. first sbb bngun tido je pening. otak pusing2. pastu konfius sama ada tu pagi subuh or maghrib. haha dasyat kan? and for sure la bile tido yg pnjg n berlebihan, badan lesu yg extreme sgt. nak jln pun xlarat. bole stress ohh *ish terpanjang pulak,sori ohh. tu je nak share. wassalam ;)

Unknown berkata...

ooo.... bole la mksudnya.. gud info..

Muhammad Naim Abdullah berkata...

hehe

nak tambah cikit,

dengaq video ini
http://www.youtube.com/watch?v=tfREkevuqV0

Ustaz Muhammad Kazim..

Wallahualam

kay_are berkata...

aku jarang tido pas asar kecuali ngantuk sangat sebab rase lain kot.. kadang2 bangun memang lebih mamai dari bese nye.. rase pening, blur lagi.. so memang takde tido pas asar sangat

vendoline berkata...

aku tak catye pon..sebab salu je tido.tak gila pon.hahahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...