Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Berapa banyak orang yang berpuasa, tetapi ia tidak mendapatkan apa apa dari puasanya itu kecuali rasa lapar dan dahaga." (riwayat imam ahmad)
______________________________________________________
Hah, nampak tu sabda nabi. Maksud sabda nabi ni, kalau kita puasa semata mata, tapi ibadah zero, puasa kita tidaklah batal, tetapi tak dapat apa apa, makanya, puasa kita boleh turun ke kategori sia-sia. So, tak payah puasa la kan? Sia sia je, baik makan dari tak dapat ape ape. Kalau makan minum, dapat kenyang.
Antara faktor puasa sia sia adalah dek kerana kata kata dusta dan perbuatan sia sia. Tau tau je lah kan perbuatan sia sia di bulan Ramadhan, tengok tv, rancangan memasak la, sinetron indonesia la, korea la. kalau nak tengok pun, tak perlu lah habiskan masa sehari berpuasa ke arah itu, ada adakan masa kita dengan Allah lagi elok.
______________________________________________________
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Siapa yang puasanya tidak mencegah daripada bercakap dusta dan melakukan kedustaan maka Allah merasakan dia tidaklah perlu menahan makan dan minumnya (puasa)." (riwayat imam bukhari)
______________________________________________________
Dalam bulan Ramadhan, pahala kite digandakan seiring dengan ibadah yang kita buat. Bahkan dosa jugak digandakan kalau kita buat. Yelah, lagipun, syaitan dah diikat dari menggoda umat islam, Allah siap bukak pintu syurga lagi. Jom kite sama2 menambah ibadah dalam bulan Ramadhan yang masih bersisa 21 hari je lagi ni, sekurang kurangnya ada bekalan untuk akhirat nanti..
Peringatan untuk diri sendiri dan semua :)
dipetik dan diolah dari Sinar Harian edisi Pahang
8 ulasan:
Insaf gak baca entry ni. Ternyata, puasa ni bkn je menahan lapar & dahaga. In fact, lebih drpd tu kan?
Pd aku, perbuatan sia-sia yg plg femes dlm Ramadhan ni, bila org tu puasa tp asyik sebok bercakap or mengumpat psl org. Mmg sia-sia je tahan lapar & haus. Aku selalu mengelak environment yg camtu, takut terjebak -__-
Bersama-sama beringat..
*Sesungguhnya Aku berpuasa
jom topup bekal kita nk pergi 'sana' :)
mengatakan tu senang tapi nak melakukan tu yang susah bro.. aku wat je r ape yang mampu.. penerimaan.. wallahualam je.. huu
kak liyaa, aku pun selalu jer mengate orang, ahakz~ mohon pas pas ni aku berubah.. (ckap kat diri sendiri)
isA naim..
kr, sebagai peringatan, kalau ingat, kite cuba elakkan, itu saje :)
isA missha
Catat Ulasan