Halaman

apesal

Followers

Isnin, 9 Julai 2012

Silap kita zaman sekarang

sumber: facebook
kesahihan: wallahualam
yang kotak2 tu aku tutup aurat si mati ye. innalillah


Salam. Entri ni buat aku kena fikir panjang. Entri ni jugak sebenarnye panjang, tapi aku tak jadi keluarkan entri tu. Sape lah aku nak judge manusia. Aku pun manusia biasa jugak. So, ringkas je entri ni. Ini kesilapan orang orang kita zaman sekarang. Aku sampai dah tak tau nak intro macam mana lagi ni..

Aku pasti satu Malaysia dah gempar kes 'ninja' menyerang bangunan JPM (Jabatan Perdana Menteri Malaysia) yang masuk berita tadi. Kalau tak tengok berita, tengok surat kabar, search internet. Taip je JPM diserang. Penuh jawapan pelbagai versi samada dari pihak pembangkang ataupun pihak pro kerajaan ni..


Apa yang aku fikir melalui logik akal:



Kenapa serang berdua je? Pakai pedang?

Apsal tak guna saluran yang betul kalau nak menyuarakan pendapat?

Kenapa mesti 'serang'? Kenapa mesti kekerasan?

Jerit takbir, tapi yang lelaki tu tak tutup aurat, nak pertahankan islam macam tu je ke?

Pertahankan islam dengan cara macam tu ke? Serang pemimpin?

Islam ajar macam tu ke?

Mana pergi kesabaran kalau sayang betul betul dengan islam?

Mati dia tak sia sia ke macam tu?

Adakah anda yakin dengan tindakan anda?



Memang pimpinan sedia ada tak semuanya perfect. Tak semuanya sempurna. Kita ada hak untuk menyuarakan, tapi jangan lah tersalah step dalam menyuarakan pendapat tu sampai menjadikan diri kita bergelumang dosa. Bagi aku la. 

Mungkin kita rasa kita bagus, selalu buat amal, solat jemaah, qiam, amalkan sunnah, buat kita jadi rasa lebih perfect dari orang lain. Ingatla, kadang kadang syaitan sengaja buat kita rasa macam tu. Mungkin diorang tak mampu nak jadikan kita buat kemungkaran, so, diorang lekakan kita dengan amal yang kita buat.. Kasi kita riak, ujub, takbur. Ingatla, diorang ade banyak lagi skil untuk memesongkan kita. Diorang boleh datang dengan pelbagai cara untuk merosakkan kita.

Sepatutnya kita tak patut rasa kita lebih baik dari orang lain. Tak semestinya kita tengok seseorang tu kurang baik. Diorang tu tak baik. Siapa kita nak judge semua tu? Status diri kita hanya ada pada Allah. Allah maha mengetahui. Jangan sebab kita rasa orang tu kurang baik, kita kata dia jahat. Ish.

Ingatlah, dulu, iblis yang abid, dengar perintah Allah, paling soleh, paling berilmu, akhirnya dilaknat Allah hanya kerana rasa diri dia lebih baik dari Adam, ingat tu. - Awi, my friend.

Aku kalau ikut nak taip panjang panjang lagi, tapi, cukup la setakat sini. Apa yang kita boleh buat, banyak banyak berdoa. Selalu lah doa jugak untuk pemimpin islam, jangan pecah belah, jangan terpesong akidah sebab politik, ikut perintah Allah yang pertama tamanya.

p/s: Sila 'google' sendiri untuk buat research pasal kisah ni. Aku malas campur. Ni entri luahan hati jer..

3 ulasan:

missha berkata...

baca entri sambil angguk2 tanda setuju

kay_are berkata...

aku taktau pasal ni pun.. bile nye? ape pun tu r susah kalau orang rase ape yang di buat tu betul.. sedangkan sebenarnye salah..hmm niat baik care salah, takleh gak kan?

Muhammad Naim Abdullah berkata...

pabila pelajari ilmu tanpa guru ini jadi dia. boleh cakap dia imam mahdi.

Al-fatihah. semoga allah ampunkan dosa dia..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...