Halaman

apesal

Followers

Ahad, 26 Ogos 2012

Kehidupanku sebagai seorang kidal

Tangan kidal sering berlaku di kalangan kembar seiras dan sejumlah kelompok orang yang mengalami gangguan neurologi (epilepsi, Sindrom Down, autisme, terencat mental, dll.) - Repekan Sains

Sebenarnya yang kat atas tu, betul la fakta sains. Tapi saje aku tulis repekan sains sebab terase dengan fakta yang dikeluarkan. Ade ke patut die cakap orang kidal mengalami gangguan neurologi. Habis tu, apsal ramai je orang kidal berjaya? heh heh heh.

Hari ni aku nak kongsi pengalaman aku sebagai pengguna tangan kidal. Nak taip fakta, macam dah banyak sangat pulak dalam internet, tinggal nak gugeli (google) je.

Tak aku nafikan ade certain fakta yang betul dan ade certain benda yang aku rase saintis tak layak nak definisikan. Tapi tak perlu la bangkit soal sains biologi kat sini sebab lepas masuk universiti ni aku tech-savvy. Hoho. Tak pandang dah pasal bio, chemist, physic ni.

Kisah aku sebagai pengguna tangan kidal.

Sejak kecik, aku suka duduk dalam kereta dekat belah kiri. Dekat belakang mak aku. Means tempat duduk belakang la kan. Habit ni sampai sekarang aku takleh ubah. Bukan takleh sebenarnya, tapi aku lagi suka 'takhta' aku tu aku je yang duduki dan bukan orang lain. Asalkan aku duduk kat belah kiri dah kire ok dah. :) Kenapa? Hanya kerana nak bukak pintu kereta kena guna tangan kiri, tu je. :) Kalau ade orang lain, sure aku akan suruh ketepi, haha.

Aku tak pernah diajar sesape untuk menggunakan tangan kanan time makan. Parent ade la tegur, tapi takde pulak rasenye paksaan keras. Sampai la satu hari aku mempelajari benda tu sendiri kat tadika. Tadika aku mase tu style makan ramai ramai dalam satu barisan panjang. Ha, bersila la laki perempuan makan depan depan. Aku ingat lagi mase tu nak makan kuih apam cicah kelapa tu. Baru je nak makan, tiba tiba aku tengok semua orang pakai tangan kanan. Timbul lah rase malu secara automatis dan sejak tu sume benda aku makan pakai tangan kanan sampai ke sekarang.

Ade orang kate kidal akan ade masalah nak makan guna sudu walaupun makan dah boleh pakai tangan kanan. Tidak bagi aku. Sebab aku makan semua makanan pakai tangan kanan sejak dari kes kat tadika tu, makan pakai sudu bukan jadi masalah. Rilek jer suap. Cuma masalah tiba bila nak pakai chopstik. Aku tak boleh nak sepit makanan tu.. Haha. Asek jatuh je. Tapi ape ade hal kan, bukan selalu pun makan pakai chopstik. Kite orang melayu ape, pakai tangan ar. :) Sila jangan jemput aku makan chinese food okay.


Kidal lebih kreatif. Yelah, kadang kadang aku ter akui jugak aku lebih kreatif among others. haha. Tulisan aku yang aku rase tak semenggah mane, lukisan aku yang entah ape ape, orang boleh kate cantik, kreatif, lawa. -__- Adakah mereka benar benar memuji dengan seikhlas hati? Entah la kan, tapi kadang kadang timbul jugak rase bangga. Haha. Tapi tu dulu la, mase aktif ber-poster time sekolah rendah. Masuk tulisan jawi la ape la.. Fakta ni aku tak caye sangat, tapi sekarang, kreatif adalah sandaran utama aku untuk berjaya dalam kursus yang akan aku pelajari mase kat universiti nanti. Mintak mintaklah saki baki kekreatifan aku still bersisa. Amin.

Kidal banyak menguji kesabaran. Sebagai minoriti penduduk dunia, iaitu, 10 peratus saja dari penduduk bumi yang mengidal, kaum majoriti banyak mencipta tools, equipment, facilities yang menolak mentah mentah orang bertangan kidal. Contohnya kerusi dalam bilik tutorial atau dewan kuliah. Sangat tak selesa bila nak menulis sebab takde sokongan kat tangan. Tapi tangan kiri boleh berlatih adapt dengan sekelilingnya so, kalau ape ape terjadi pada tangan kiri, tangan kanan yang tak berapa friendly ni tadi boleh membantu sedikit sebanyak. Kira dah kuat sikit la kan. :P

Rase cam nak tulis panjang, tapi idea not coming lah malam ni. Tu je lah untuk malam ni, dah jam tiga, budak u kena tidor awal kan? Haha. Babai. -__-


17 ulasan:

missha berkata...

sure ni kau takde gangguan neurologi? hee :D

aku suka dok blkang mak juga, tapi buka pintu guna tangan kanan je. huhu

makan memang haruslah kena pakai tnagn kanan. fuuu :)

yeah! kte geng. aku tak pandai guna chopstick

cukuplah da berbakul pujian aku tentang kreatif untuk kau. haha. :D

aku jeles dengan orang kidal, boleh makan n menulis dalam satu masa.waghh. jeles2.. tapi bersyukur sebab aku majoriti. :D

naim berkata...

siapa yg tangal kidal, mesti ada aura tersendiri. :)

wafiy suzly berkata...

missha, makan n menulis dlm satu mase tu lah part paling best skali, lupe plak nak tulih dlm ni, haha

wafiy suzly berkata...

aura pe nye bro, bese2 je, haha

Heywanie , berkata...

laa kau kidal rupanyaa.
yg part duduk dlm kete tu, aku tak boleh betul kalau duduk sblh kiri. tak selesa. aku pun ada takhta. takhta aku kat sit sblh kanan blkg driver punya sit. haha

Chuu Muqhlis berkata...

aku suke duduk sebelah kanan sebab boleh tgk back mirror haha

missSenget berkata...

tangan kidal ni unik..

selalu diorg ni bijak..

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

kidal ni mmg lain..mak n adik laki pon cmtu gak =)

wafiy suzly berkata...

hey wanie, aku kiri, kau kanan, haha. baru tau rupenyer minah ni. tak perasan ke kalau aku pegang botol air aku pegang tangan kiri? haha

wafiy suzly berkata...

chuu muqlis, duduk belah kiri nampak jugk back mirror, tpi nampak muke driver la, haha

wafiy suzly berkata...

missenget, kalau berusaha sape2 pun bijak, aku tak bijak. haha

wafiy suzly berkata...

nuyui, semestinye kidal lain sebab diorang kuat belah kiri, haha

Liyaa Mf berkata...

Dulu2 aku pun suka duk belakang mak, tp skang dedua belah pun aku tak kesah. Aku tetiba kesian bila kau cite psl nak menulis kat kerusi kat dewan kuliah. Fuhh mencabar tu bg org kidal. Takleh menulis dgn rileks.

Aku pernah dengar org tgn kidal ni kreatif. Tp apa buktinya? Org tgn kanan pun ada yg kreatif gak kan? Hehe. Tp husband aku kidal, tulisan dea cantek & pandai melukis pula. Tp bukti tak kukuh sbb aku nak yg bukti yg lebih kreatif drpd tu :P

Chuu Muqhlis berkata...

wafiy.. kite nak nmpak muke sendiri :P
*malu-malu nk mgaku kahkah!

wafiy suzly berkata...

haha silekan chuu :D

wafiy suzly berkata...

kak liyaa, aku siyes tak boleh nak buktikan, tapi tangan kiri guna otak kanan, otak kanan otak yang lebih pada cabang seni such as music, art n sebagainye, tp itu tak penting, kalau memang minat, ade usaha, orang tangan kanan pun boleh jadi kreatif :)

kay_are berkata...

seat kiri belakang pun memang seat feveret aku kecik2 dulu.. sekarang seat driver je r ari2 =__= betul ke ko tak makan guna tangan kiri ni.. betul ke betul ke? =P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...