Pada 17 Ramadhan setiap tahun, kita akan menyambut hari nuzul Quran, salah satu hari hari yang paling historikel dalam dunia islam di mana pada tarikh ni, alQuranul karim telah diturunkan kepada nabi Muhammad melalui perutusan Allah SWT, malaikat Jibril. Tak ramai pun orang kita zaman sekarang yang ambik endah pasal nuzul quran ni, so, dengan senang hati, meh sini aku nak story secara ringkas. hehe.
Penurunan alQuran telah dilakukan secara berperingkat di mana penurunan yang pertama sekali adalah surah Al Alaq.
Ia berlaku pada 610 M, yang mana mase tu kite masih lagi belum lahir dan tidak diketahui asal usulnya.
Lokasi berlakunya kejadian: Gua Hira', atas bukit Jabbal Nur, Makkah Al Mukarramah
Masa tu Nabi Muhammad yang masih belum menerima tugas sebagai nabi dan rasul mengasingkan diri dari kekufuran dan kemaksiatan kaumnya di Mekah. Nampak tak, belum pun die menerima tugas, die dah mampu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk, betapa mulianya nabi Muhammad SAW..
Pada malam itu, turunlah surah al Alaq, sekaligus Rasulullah menjadi rasul terakhir bagi memimpin umat manusia di muka bumi ni..
"Betapa hebat dan kuatnya jiwa Rasulullah saw dalam bukan sahaja menerima ayat-ayat Al-Quran tetapi juga menerima bebanan dakwah yang terkandung didalam ayat-ayat tersebut. Baginda saw hanya menggigil ketakutan tetapi tidak binasa jiwanya.
Sekiranya pada malam itu Al-Quran diturunkan bukan kepada Baginda saw, tetapi kepada Gua Hirak atau Jabal Nur itu sendiri, nescaya akan pecah bukit tersebut lantaran tidak tertanggung amanah yang diberikan oleh Allah swt.
“Kalau Kami turunkan Al-Quran ini keatas bukit, nescaya engkau akan melihatnya tunduk dan pecah kerana takut kepada Allah. Demikian perumpamaan Kami berikan kepada manusia supaya mereka berfikir” (Al-Quran). " - sumber
Selamat menyambut nuzul quran eberibadi.
4 ulasan:
Aku pun tau sesiket je pasal nuzul Quran ni, tak sedetail ni. Thanks sharing! Bukit pun tahu takut kepada Allah kan? Kita? Mulut kata takut tapi? ...
terima kasih bro. ilmu baru di dalam blan ramadhan
untuk menggambarkan besarnya mukjizat tu sampai boleh runtuh bukit kan? tapi manusia macam aku kadang2 tak amek kesah pun pasal tu.. hmm
sharing is caring..huhu :)
Catat Ulasan