Dalam mengerjakan ibadat dalam bulan ramadhan, sudah tentunya kita akan sentiasa tertunggu-tunggu 10 malam yang terakhir. Itulah malam yang mana ia berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir iaitu hari ganjil bulan ramadhan. Adakah malam lailatul qadar ini jatuh pada 21, 23, 25, 27 atau 29 ramadhan tahun ini? Hanya orang yang berusaha sahaja akan merasai nikmat beribadat di malam lailatul qadar. Terdapat petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar.
Jika awal ramadhan jatuh pada hari:
I) Ahad atau rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan
II) Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;
III) Selasa atau jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;
IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;
V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan
Kata sheikh abu hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.
sumber
Kalau nak dikiralah kan, kita puasa start hari Sabtu kan? Kalau ikut petua ni, maknanya malam Lailatul Qadr jatuh pada hari? Jeng jeng jeng.. Tapi jangan la kita beribadat pada tarikh tu jer.. Beribadatla pada tarikh lain jugak, Allah maha merancang segala sesuatu kan, so, hak dia untuk tentukan lailatulQadr jatuh hari ape, kita sebagai hamba, cuba la dapatkan peluang sekali sepanjang tahun ni, lepas ni mungkin kita tak jumpa lagi malam ni sape tau?
Sengaja Allah rahsiakan malam penuh kebaikan ni jatuh pada tarikh apa sebab kalau tak rahsia, semua orang beribadat pada tarikh tu jer lah kan? Dah tak ikhlas kat situ. Tips kat atas ni sekadar rujukan sampingan jer :) Tapi jangan risau, janji Allah itu pasti.
Ingat.
Janji Allah itu pasti.
4 ulasan:
pasal ni, dulu aku pun time gak pasal 10 malam terakhir ni tapi bile aku dengar satu tazkirah tahun lepas tak silap, aku mula fikir.. betul gak kan? tazkirah die camni.
memang lailatul qadar datang pada 10 malam terakhir tapi kne ingat putaran masa kat bumi tak same. Contoh nye mungkin negara arab pose sehari awal dari kite, mungkin cina pose 2 ari lambat dari kite. so what happen is 10 malam terakhir kat setiap negara akan jadi lain2 betul? takde lak jelas kat mane2 lailatul qadar 10 malam terakhir ikut waktu malaysia kan? So, last2 ustaz tu bagitau the only way kalau nak kejar malam tu ngan care lupekan 10 malam terkahir tu, fokus je 30 malam terus. confirm dapat.
sekadar sharing.. terpanjang lak.. huu
Jom kejar !! :)
time kasih sume, yup betul tu, kite patut tumpukan pada 30 hari ramadhan ni la senang citer, lagipun bulan ramadhan penuh keberkatan
kenapa Allah rahsiakan?
sebab dia taknak kita hadkan ibadat kita kepada -Nya :)
sayngnya DIA pada kita :')
Catat Ulasan