Halaman

apesal

Followers

Selasa, 14 Ogos 2012

Tak semangat

Dah masuk hari ni, tinggal beberapa hari lagi Ramadhan nak angkat kaki, Syawal pulak nak mari. Maknanya, hari penuh keberkatan dalam bulan Ramadhan ni akan melabuhkan tirainya bagi tahun ni, tunggu tahun depan pulak kalau still ade kesempatan jumpa Ramadhan lagi. Heh.

Semangat raye kian terasa menjadikan aku tak berapa semangat nak menambah pahala. -_- Patutnya malam last ni la makin dipertingkatkan amalan, tapi aku makin terkurang pulak. Adess. Bukak radio, lagu raya. Bukak tv, pun ade videoklip raye. Masuk pasaraya pun dengar lagu raya. Kedai henpon orang cina pun pasang lagu raya!

Tu baru lagu raya, belum lagi tambah dengan bunyi dam dam dum orang main mercun lagi. Kenapa bersemangat di hari raya? Biasalah, dari kecik dah terdidik macam tu. Hari paling best sepanjang hidup yang tercatit dalam kalendar. Raya. Aidilfitri la, aidiladha tak rase ape pun.

Mentaliti dari kecik sampai lah ke sekarang. Cuma, sejak meningkat dewasa ni, aku mula belajar menghargaai ape itu nuzul quran, ape itu maulidur rasul, ape itu bulan ramadhan. Biasanya benda yang kita rase tak best sangat ni yang membanyakkan pahala. Macam makan sayur la, pahit, tapi bermanfaat. Kahkah. I am choosy eater.

Haraplah dapat up balik kerajinan untuk beribadat dalam sehari due yang tinggal ni, jom! Lagi satu, tlg doakan aku dapat khatam quran dalam Ramadhan tahun ni ye, first time nak khatam bulan puasa. Hehe. Selamat me'mecut' dan mem'buru', if u know what i mean :)

4 ulasan:

Muhammad Naim Abdullah berkata...

Jom bro.. :)

wafiy suzly berkata...

jom naim

missha berkata...

aku doakan :D

huu..asal aku tak semngt nak raya nih .

wafiy suzly berkata...

amin. entah, sebab pk pasal u kot

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...