Halaman

apesal

Followers

Selasa, 14 Ogos 2012

Apa yang best kalau berhari raya?

Hari raya? Perkara yang hangat diperkatakan sejak bulan Ramadhan semakin berlalu pergi.. Orang ramai pun dah sibuk buat stok kuih raye, santan, daging, ayam sume.. Tapi tak kesah la kan, takde kene mengene pun dengan entri ni :P Skrg nak cerite pasal perkara + benda penting yang wajib ada time menyambut syawal. Jom baca sikit entri panjang berjela nih.

Duit raya


First thing yang paling penting. Kalau takde benda alah ni, maksudnya raya macam tak bermakna je. Tanpa pelbagai rupa sampul raya dapat dari pakcik makcik, sedare mare, mak ayah, atuk nenek, memang hidup rase macam something missing jer. kahkah. Tapi sejak umur dah makin meningkat ni, jadi masalah plak nak salam orang tua tua, kang diorang ingat kita nak duit raya pulak. Adess.

Baju raya, kasut raya, sampin raya, selipar raya

raya 2011: kami tak boria. kehkeh

Benda benda ni dah wajib dibeli sebelum raya. Kalau menempah tu, sebelum puasa lagi dah start tempah. Kalau baru nak tempah time 7 hari lagi nak raye, alamat nye raya pakai baju lame la, ke sanggup nak raya pakai seluar raya je? Haha. Barangan sampingan lain adelah baju melaram untuk seken day. Yang utama sekali baju melayu n baju kurung la, untuk dipadankan dengan satu syawal. Kalau nak nampak macam boria, ha pakai la sedondon satu family. Comel ape.

Balik kampung


Mase ni la moment paling best dapat dinikmati bile ramai sedare mare berkumpul ramai ramai memeriahkan suasana malam raya dan di hari raya. Yang sebaya mula kumpul geng buat member berborak. Tak kira la borak ape pun, yang penting malam tu memang susah nak tido sebab jumpa sedara mara yang kadang kadang boleh jumpa setahun sekali je, tu pun time raye -_- Yang dah dewasa sket bolehla tolong atok kat dapur, aku? Sorry, lari jauh jauh dulu la kalau bab tolong tolong ni :D Kalau on the way balik kampung sambil feeling lagu raye, memang terasa ke-anak perantauan-an nye, syok! Jangan lupa keselamatan family gak! Pandu cermat, jiwa selamat. Yang kat atas ni ambik dari entri lame time eksiden. :o

Mercun dan bunga api


Item ni dah rare dah dalam family aku sekarang. Dulu meriah, boom boom boom! Sikit punya bingit. Kalau nak lagi best, ajak la orang kampung sebelah ke, jiran ke, perang bunyi mercun sapa lagi power :D tapi mungkin sejak mercun dah makin rare jugak untuk didapati, plus ibubapa semakin aware takut anak hilang jari, mercun semakin kurang mendapat perhatian. Kalau kantoi main, memang kena piat la. Aku? Dah jarang main, hilang nafsu, lagipun macam membazir je, membazir takpe lagi, hilang jari? Taknak aku, haha.

Lagu raya


Lagu raya la yang menyebabkan hati jadi riang gumbira di hari raya. Salah satu initiator yang bertugas untuk meng-initiate kan semangat raya seseorang. Mula lah kedengaran lagu raya di corong radio, telibisen, ringtone henpon bila akhir akhir ramadhan ni. Takpe la dah nak akhir Ramadhan, normal kan? Ade satu iklan tu tak sensitif betul, belum masuk bulan puasa lagi dah sebut pasal raya. Korang perasan iklan ape? Memang ader, aku bengang gila, haha.

Kuih raya, Serunding, Ketupat, Rendang dsb


Memang tak raya ar kalau takde benda benda macam gini. Juadah wajib berhari raya kat Malaysia. Haha. Kalau duduk oversea, memang rindu lah nak makan lemang dsb. Tu sebab diorang kumpul ramai ramai buat open house, baru meriah. Kalau 1 syawal dah makan chicken chop, pepagi buta tu, taktau la nak feeling ape lagi -_- Mase ni la nak jumpa kuih kuih kegemaran korang samada kuih buat sendiri or kuih 'tunjuk' jer. Mase ni jugak kita boleh jumpa kuih moden alaf baru dengan nama nama baru seperti kuih jari jemari kaku, kuih tiga malam, kuih semprit salut tempura *eh ade ke?

Konvoi raya

takde la konvoi macam gini

Konvoi raya mungkin tak semua family buat sebab biasanya ramai ramai dah berkumpul dekat sebuah rumah kan. Tapi kalau keluarga ramai, macam belah ayah aku, adik beradik atuk aku gila ramai. So, setiap kali raya, rumah diorang jugak wajib lah pergi walaupun tak kenal sangat dan memang jumpa setahun sekali time raya je. Tapi sikit sebanyak boleh merapatkan silaturrahim. Aku tak selalu rajin nak ikut, tapi terpaksa. Kang kalau tak pergi, terlepas pulak 'rezeki' raya. Heh.

Solat sunat aidilfitri


Seriously solat sunat raya menjadi masalah kat aku kadang kadang. Sebab rase macam malas je nak pergi kan. Sebabnya toilet ade satu, sedare mare berkumpul kat umah atok semua nak guna bilik air jugak, time berator tu la yang paling tak syok sekali nak tunggu giliran mandi. Mase ni jugak la rumah jadi 'riuh' dengan suara suruh orang mandi cepat la, tolong angkat itu la ini la, last last, jadi orang suruhan pulak molek molek tadi beratur nak mandi. Kahkahkah. Tapi itu bukan alasan, pergi tetap pergi. Cuma kalau dah tak sempat, rase 'rajin' la pulak nak buat sendiri kat rumah. :D

Ini la sikit sebanyak perkara penting dan wajib ade time menyambut syawal. Based on my experience. :) Harap tak terlalu awal untuk aku mengucapkan selamat menyambut syawal bulan kemenangan. Mohon maaf kalau ade terkasar bahasa, tersalah bicara, berselisih pendapat. Mohon ampun, halal beralal sumenye yek. Cakap awal awal takut tak dapat peluang online lagi dalam due tige hari ni :)

16 ulasan:

missha berkata...

aku muda lagi. dapat je duit raya.haha. :D

baju raya aku pling awal siap . entah kenapa..huhu

raya kt kampung memng best :)

aku bese men bunga api ngan mercun pop je. haha..mende len tak rnah sentuh kot..hoho <---baek tak?


lagu raya ni, kalau nk blek kampung bru syok dengar.


kuih raya tak buat lagi =.=

konvoi tiap2 tahun harus ada :D

kcik2 dlu kna paksa kot prgi jugak masjid. haha.. so, memng kena rajin2 kan diri. hee..skarang dah terajin sendiri :D

psstt...sebenanye aku takde mood raya pun skarang..huu

wafiy suzly berkata...

missha, dah kau ingat aku hade sgt ke? haha

missha berkata...

ko bukan memng tiap2 tahun paling semngt ke? hahaha baek ngaku.

vendoline berkata...

wah lengakp.persiapran raya.mercun pon byk..perghhh

Shila berkata...

ya Allah..
muda lagi kan..seronok je nk raya..

aku dah lama kot xde istilah kasut raya..

owh..hambarnya raya thun ni rasa..

Cikgu Ma berkata...

sama la...x penah sedondon pun baju raya....cincai jer...duit raya? dah lama pencen..org x nak bagi..hikhik...

selamat hari raya =)

http://qurratulain-pagaremas.blogspot.com/2012/08/di-kesempatan-ini.html

Ismi Farizul Ikhmal berkata...

Ckp pasal baju raye, baju raye gua x siap lg woo!!!

wafiy suzly berkata...

missha, itu bukan ko ke? haha

wafiy suzly berkata...

edy fee, takde lah lgnkap cam bese mesti ade kekurgnnye..

wafiy suzly berkata...

missenget, pasal rase hambar?

wafiy suzly berkata...

selamat hari raya jugak cikgu ma :)

wafiy suzly berkata...

farizul, asal tak siap? @_@

wafiy suzly berkata...

testing testing

vendoline berkata...

kunjungan sempena raya

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Dalila Samsudin berkata...

dah lama tak main mercun . Eh . ahaha selamat menyambut hari raya Aidilfitri !

Chuu Muqhlis berkata...

1. Duit raya: makin tua makin susut :/
2. Bju raya: mantain setahun sepasang
3. Balik kmpung: jarang sangat :/
4. Mercun: wajib ade :)
5. Lagu raya: err., 50-50 x kesah sgt, tp kalau ade lebih meriah.
6. Kuih/ketupat/rendang: wajib ada
7. Konvoi: err., konvoi best
8. Solat sunat: insyaallah, harap tahun ni dpt ikot solat sunat di surau/masjid.

hye wafiy.. nk duit raye :))

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...